Sunday, October 7, 2012

Comfort Zone: "Islam ni apa?"

Salam.

Hi people. Pejam celik pejam celik, rasanya dah dekat 3 bulan aku menetap di tanah orang putih ni. Dan dalam masa 3 bulan ni jugaklah, aku encounter dengan macam-macam benda. Kalau nak cerita semuanya, memang banyak. Aku cuma nak cerita satu je. Hahaha controversial betul soalan dekat title tu. So yeah, this is about people who are having high level of curiosity about my religion.

Dah ramai non-Muslims yang tanya aku tentang Islam & Muslims. Kenapa perempuan Muslim kena tutup kepala (tudung), apa yang aku minta/doa pada Allah setiap hari, pasal masjid, tak panas ke pakai tudung, and those kinds of questions.

Bila orang curious pasal agama kita, aku percaya inilah waktu terbaik untuk kita promote/dakwah se-best-best-nya. Dan aku percaya Allah letakkan aku di sini untuk belajar sesuatu, untuk perbaiki diri. Mungkin orang yang dengar explanation aku tu; masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi bagi aku, soalan-soalan macam tu; perlukan penjelasan yang betul supaya yang tak mengetahui tidak akan salah faham tentang benda penting macam ni.

-----

Aku cuba compare life aku dekat Malaysia, dan life aku yang sekarang ni. Jujur aku kata, sejak sampai sini, AKU TAK PERNAH DUDUK DALAM COMFORT ZONE. Menangis tu kadang-kadang dah jadi rutin aku, nak buat macam mana, tear gland aku ni active sangat, lol. K lari topik jap. Sekarang musim luruh, comel gittew semua daun-daun bertukar warna & gugur. Romantic, you olls. Tapi itu apa yang orang nampak. Hakikatnya, aku yang pertama kali experience pertukaran musim ni, tak seronok pun. Sengsara aku: tangan & kaki menggelupas, lutut kering & bengkak, kulit gatal-gatal, ya Allah kalau korang tengok aku menggaru kaki, memang korang dah kata aku ni macam haiwan apa je. Tapi gatal tu ya ampun, nak menangis rasanya. Studies apatah lagi, terkejar-kejar aku untuk faham semua benda. Sistem pembelajaran yang tak sama dengan Malaysia, buat aku shock sangat-sangat. Aku terima semua ni sebagai cabaran untuk aku develop diri aku untuk jadi orang yang lebih sabar & positif.

-----

Berbalik kepada soal religion tadi, aku rasa comfort zone sangat tak membantu aku untuk improve. Masa aku dekat Malaysia, takde orang pernah tanya aku macam tu. Mula-mula terkejut jugak ada taxi driver kat sini yang tanya pasal al-Quran. Alhamdulillah, Nadia yang fluent English tolong explain pasal tu (aku ni speaking dengan Malaysians tak cuak langsung, speaking dengan Americans berterabur words aku tunggang-terbalik!) Aku rasa bukan aku tak fluent, cuma aku takut. So, sejak tu, aku strengthen confidence aku untuk bercakap dengan orang. Takde lah nanti orang kata "Iye ke Islam ni agama yang betul? Yang Muslim ni nak terangkan kat aku pun tergagap-gagap. Macam tak convincing enough je Islam ni." Jadi, sesungguhnya berada dalam komuniti yang macam ni sedikit sebanyak bantu aku untuk develop diri aku yang jahil ni.

Betul atau tidak:
Kita sebenarnya tahu tentang al-Quran,
Kita sebenarnya tahu tentang kewajipan tutup aurat,
Kita sebenarnya tahu tentang solat,
Kita sebenarnya tahu tentang Islam.

Tapi macam mana kita nak jawab kalau ada orang tanya kita? Itu yang aku tak pernah alami masa aku dekat Malaysia. Sebab KITA TAHU, kita rasa kita pandai, kita dah cukup faham --- tapi kadangkala; TIDAK. Kita tahu tentang banyak ilmu ada dalam al-Quran, pahala baca al-Quran, tapi kita rilek je tak baca Quran. Kita tahu solat tu penting, kita rilek je lambatkan solat/tinggal solat (lagi-lagi time shopping, ye dok?) Kita tahu tentang semuanya, sebenarnya.

Satu contoh lah ni, benda ni terjadi pada aku minggu lepas. Sejak zaman sekolah lagi belajar PAFA, aku tahu samak & sertu tu untuk apa, bagaimana cara pelaksanaannya etc. Dan sekarang ni, jiran aku ada bela anjing (besar wa cakap lu, wa cuak gila). Maka pada satu hari, aku terrrrrrpijaklah najis anjing ni. Dah lah kena dekat kasut Nike Purple kesayangan aku tu, sobs. Lepas tu aku panik, aku cuak. Padahal aku dah belajar ni, dah tahu dah sertu tu apa. Logically korang akan tanya:

"Buat apa nak cuak, nak panik? Kan dah belajar masa PAFA dulu."

Ini cerita yang berkait rapat dengan comfort zone yang aku cerita tadi. Dekat Malaysia, jiran aku semua Muslim. So, aku rasa buat apa nak belajar & faham gila-gila pasal sertu ni. Dekat Malaysia, tak ada orang yang tanya aku "Islam ni apa?" so aku watlek je sebab aku anggap semua orang dah faham. Itu silap aku, aku dalam comfort zone, tak pernah terfikir untuk improve diri sendiri.

Ya, aku memang dah belajar tentang sertu, cuma --- aku belajar sekadar untuk lulus periksa. Dan dari situ, aku sedar, banyak lagi benda yang aku belajar, niat aku cuma untuk lulus periksa. Belajar al-Quran pasal nak lulus periksa. Belajar pasal aurat pasal nak lulus periksa. Inilah silapnya. Maaf kalau aku cakap macam aku ni pandai sangat je pasal agama, tapi sejujurnya itu yang aku rasa. Jadi, marilah kita jadikan semua benda tu --- PRAKTIKAL.

Dan aku yakin kalau kita praktikkan apa yang diajar dalam agama seluruhnya dalam hidup kita, kita akan watlek watkool je kalau ada random hipster terkinja-kinja tapi jalan, tanya kita pasal Islam. Kita akan sentiasa terbuka untuk menerangkan apa yang diajar sejak kita kecil lagi. Janganlah korang jadi macam aku yang gagap hilang suara nak terangkan dekat taxi driver tu pasal Islam. That will reflect the image of Islam & Muslims, indirectly. Maksud aku, kita pun kena ada skills of presentation jugaklah.

Sama macam panasnya isu filem menghina Nabi Muhammad SAW. Aku kagum dengan tindakan Muslims di London yang edarkan biografi Nabi Muhammad in response to that film. (Okay, ini cerita selingan je.)

Yang ini aku baru dapat berita. Ada kawan kepada kawan aku sudah berubah sedikit tentang pegangan agamanya selepas beberapa bulan berada di negara orang. Tentang perkara ini, satu je pendapat aku: Keputusan untuk terima sesuatu perubahan tu, terletak pada tangan kita sendiri. Bukan salah siapa-siapa.  Keadaan kita berada di negara orang: sama ada kita nak jadikannya perkara yang ubah diri kita jadi baik atau sebaliknya, terpulang kepada kita sendiri. Masyitah tukang sikat rambut anak Firaun mati dalam Islam & anak dan isteri Nabi Nuh mati bukan dalam Islam. Get to know the stories, dan nilailah sendiri.

Akhir kata, aku minta maaf kalau aku terlalu excited nak cerita benda ni. Mungkin orang yang dah 4-5 tahun duduk overseas ni dah tak pandang benda-benda macam ni, maklumlah aku ni first time. So, pengalaman semua orang berbeza, kan? Dan aku cuma nak share story ni dengan orang lain. Kalau ada comment/apa-apa yang aku tersilap kata dalam post ni, silalah nyatakan di comment box bawah ni. Aku sebagai orang yang baru belajar, belum cukup ilmu, terasa diri ni jahil sangat, mengalu-alukan tunjuk ajar & teguran dari orang lain.

Salam.

p/s: Sorry for the broken/rojak English.





1 comment:

  1. I couldn't AGREE more!!!
    Even aku tak pernah pun keluar dari comfort zone (Malaysia) ni, tapi aku tahu kalau kau pergi luar dari comfort zone, u will learn lagi banyakkkk benda. Survival, etc etc.. AND paling besttt! InsyaAllah akan lebih dekat dengan-Nya. Awwwww indahnya.. (pengaruh baca novel Hlovate yang sangat membuatkan aku rasa Indahnya Islam ni!) ;]

    ReplyDelete