Thursday, April 2, 2015

Mati Hidup Kembali: Part 2

I guess it's been 3 years since the last time I wrote here? Alhamdulillah, dapat jugak hidupkan kembali blog yang dah lama terkubur ni. Kenapa tajuknya Mati Hidup Kembali: Part 2? Sebab dulu dah ada Part 1, mungkin dalam tahun 2011.


Hari ini ialah hari ketiga dalam bulan keempat untuk tahun 2015. Let's do a little flashback. Nope, far back to 2009. Tahun bermulanya blog ni. Post pertama aku, Disember 2009. Phew, time flies. Sejak tu, blog ni dah jadi platform aku untuk voice out apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. Termasuklah dari nonsense stuff hingga ke kupasan isu semasa yang serius. Well, I can't believe I wrote too well and too long before.


Apa yang ada dalam post-post sebelum ini, aku dah janji pada diri sendiri, aku takkan padam. Sebab aku percaya, dari pembacaan post-post lama, dan buat perbezaan dengan pemikiran dan corak tulisan aku hari ini --- aku boleh menilai sejauh mana aku berubah, baik dari segi mentaliti, cara menulis, pemilihan perkataan dan emosi yang diselitkan dalam penulisan. Aku mengaku dulu aku tak berapa matang dalam menulis, kadang kala terselit satu-dua perkataan yang aku kira tak sopan. Tapi macam mana pun, aku rasa tak ada penambahbaikan kalau aku tak mula menulis masa tu. Tak kisahlah isu apa pun yang diketengahkan. Dan aku harap sekarang ni, penulisan aku lebih matang - atau sekurang-kurangnya masih dalam tahap yang sama.


Dulu aku rajin menulis fiksyen. Tahun 2011, aku terbitkan sebuah zine, "Kanvas" - mengandungi koleksi puisi dan cerpen-cerpen fantasi yang aku tulis sebelum tu. Aku produce dalam 20 naskah, dan bagi pada orang-orang terdekat saja. Because at that time, I was not really confident with my writings.




Yang bukan fiksyen pun ada, tapi cerita yang direka lebih menonjol daripada yang bukan rekaan. Salah satu tulisan aku ada diterbitkan dalam sebuah buku yang menampilkan koleksi cerpen gadis-gadis, bertajuk "Kali Pertama - Antologi Cerpen Para Makwe" dalam tahun 2013. What made me so proud was that this book made it to KL International Book Fair that year.





Maka, bila aku berhenti menulis (harapnya untuk seketika), ada yang tanya - kenapa tak menulis lagi? Well, selain kekangan masa yang teruk, inilah situasi sebenar aku: aku tahu esok lusa nanti di alam seterusnya, aku akan, dan perlu, bertanggungjawab atas segala tulisan aku. Maka, nak tak nak, aku kena berhati-hati dalam menulis. Bak kata Faisal Tehrani, "Kalau tak tahu tentang sesuatu isu tu, JANGAN TULIS." Betul. Aku tak nak tulisan-tulisan aku misleading. Bagi pemahaman atau ideologi yang tak elok pada pembaca. Jadi untuk mengelakkan misleading article, aku play safe --- I will only write fiction stuff from now on. Ini apa yang aku rasalah sekarang ni, esok lusa mungkin aku ubah fikiran, who knows.


Currently, I am working on a travelog which I hope I can finish by 2016. Menulis ni nak kena duduk diam, idea flow tak boleh paksa. Dan kalau flow tu putus, kenalah tunggu the next time it comes again. Sebab itulah aku set 2016 sebagai target lengkapnya travelog aku. Aku buat keputusan untuk produce travelog pun sebab aku rasa aku tak patut sia-siakan apa yang aku dah bina selama ni. Well, at least for the last 5 years. Also, I don't write to gain fans or what. Wait, do I have any, at the first place?


This blog has a long history and journey. Dan aku harap kali ni - Mati Hidup Kembali - InshaAllah, akan terus hidup. Melainkan aku dipanggil Tuhan.




No comments:

Post a Comment