Sunday, September 30, 2012

Review Azam Tahun 2012.

 (saja intro nak bagi feel macam Mohabbatein sikit)



Salam.


Aku rasa kaki aku pun dah terpijak daun-daun kering bila menapak masuk ke blog ni sejak aku tinggalkan (tak, hibernate sahaja) 4 bulan yang lepas. Apa yang "Review Azam Tahun 2012" ni? Inilah cerita yang aku taip semasa goyang kaki, maksudnya tidaklah terlalu penting tapi gua punya suka lah gua nak cerita kan. Lulz. (cara hipster gelak sekarang lulz sahaja)

Esok dah October 1, 2012. Ecehh tulis dah style orang putih, kemain Belle. Lagi 2 bulan, akan masuk tahun baru, 2013. Aku nak review Azam 2012 (siapa tak follow blogpost, boleh KLIK DI SINI) yang aku dah tulis pada hujung tahun lepas. Review tentang azam-azam kita perlu untuk kita keep in track dalam plan-plan kita, supaya tidaklah terlupa atau terhanyut dengan keburukan angkara syaitonnirojim. Jadi sebenarnya aku ada 10 azam yang aku pasang. Check balik:

2012 Resolutions

1- Memperbaiki hubungan dengan Allah, account ibadah nak top up kaw-kaw punya (e-Pay pun tak maju cenggini)

2- Membuat ibu & ayah bangga sehingga kembang hidung sebesar serombong kapal dengan anak seperti aku yang mampu memberikan mereka kebahagiaan dunia & akhirat

3- Menjadi Shafiqa Fitri yang lebih baik dalam segala hal : pengurusan diri, karakter, mind setting, jati diri --- supaya tiada krisis identiti yang berlaku seperti kekeliruan jantina

4- Menjaga hubungan dengan semua manusia tak kira tua muda miskin kaya (macam lagu Raya)

5- Mendarat di bumi Amerika Syarikat dengan harapan untuk meneruskan pengajian dalam bidang Physics & minor in Broadcasting (poyo lebih) supaya aku mampu menerbitkan sebuah rancangan gameshow Sains kanak-kanak untuk mengelakkan budak sekolah tergedik-gedik nak masuk Idola Kecil musim ke-13

6- Berusaha supaya mendapat restu ibu ayah dalam perhubungan dengan si Penjaga Hati supaya tiada patah hati di kemudian hari atau pun insiden kahwin lari, frust menonggeng dan hilang ingatan

7- Mendapatkan semula life yang penuh dengan seni doodle, music, puisi & Lomo. Awesome, kau tahu tak? Cukuplah aku sudah menjadi Nerd binti Geek selama setahun. Oh yea, another Lomo camera, maybe? *angkat kening

8- Belajar masak, untuk persiapan menjadi isteri & ibu di masa hadapan --- supaya suami & anak aku tak duduk katil sebelah-sebelah dalam hospital sebab masak cendawan beracun/masak masin sangat macam ada lori garam terbalik depan dapur rumah

9- Menambah kenalan supaya aku boleh belajar banyak tentang hidup melalui pengalaman mereka yang berbeza-beza, maka aku akan mampu untuk menjadi orang yang berilmu tentang hidup (bunyi dah macam 50 tahun je hidup)

10- Kumpul duit untuk kegunaan di masa hadapan supaya tidak short duit ketika nak bayar duit tempahan baju nikah/ganti tayar kereta suami/beli mainan anak-anak


 Azam yang cliche tapi penuh dengan makna --- bagi aku lah. Checklist!

Azam #1: STILL WORKING ON IT
Azam #2: SO FAR, ALHAMDULILLAH DONE!
Azam #3: STILL WORKING ON IT
Azam #4: STILL WORKING ON IT
Azam #5: DONE! (baru dua, hampeh kelapa betui)
Azam #6: STILL WORKING ON IT (almost done!)
Azam #7: RESOLUTION CHANGED (but now having a Diana Mini!)
Azam #8: ALMOST DONE!
Azam #9: STILL WORKING ON IT
Azam #10: STILL WORKING ON IT

Konklusinya, masih banyak yang aku belum accomplish. Yang betul-betul sudah, dua je. Sesungguhnya aku tidak memasang azam dalam hati dengan begitu kuat & ketat. Aku patut pergi ambil spanar dan ketatkan azam semula. Mungkin dalam perjalanan sepanjang tahun 2012 ni, kadang-kadang nut & bolt yang dipasang pada azam aku ni tercabut atau pun ada orang saja dengki pergi hilangkan nut dan tinggalkan bolt botak macam tu je. Tak paham? Takpe.

Sebenarnya nak cerita pasal life baru dekat negara orang putih ni. Tapi, tu nanti-nantilah. Nota Astronomy sedang memandang aku dengan muka yang masam, berharap aku akan baca setiap muka surat sebab Rabu depan ada test. K bai people. Ailebiu.

Salam.

p/s: Aku cadang nak tukar nama blog: "Dari Des Moines ke Pekan Banting" bunyi dah macam buku Memoir Gondol tulisan si Luca. Tapi moshpit ni nampak macam rare. Aku cakap rare, bukan hip. Okay tak?

No comments:

Post a Comment