Okay. Apa benda aku nak tulis kali ni? Setelah lama menyepi menguruskan hidup yang tak berapa nak terurus ni, aku akan update sedikit sebanyak mengenai apa yang berlaku sepanjang 2 bulan tanpa blogpost (atau benda yang aku sepatutnya post tapi tak ada pun postnya --- read: malas). Marilah kita.
Perkara pertama paling kritikal untuk di-recall ialah pertambahan berat aku sebanyak 6 kg. Eh tak, aku tak mengandung (overnya ayat hahahahaha). MENGANDUNG-i lemak adalah. Aku yakin ini semua adalah angkara nafsu makan yang tidak berkesudahan dan wujudnya seorang penjaga makan yang tak pernah bagi aku lapar, sanggup meredah 8 km hanya kerana nak bagi burger (read: Nadzmy Hakkim) dan godaan coklat dari Langkawi yang dibawa balik oleh adik aku setiap bulan.
Alright, keduanya, 2 points aku dah tick dalam TO-DO LIST before ke Amareka Serikat (oh apakah ini? Kejap lagi aku bagitau). Ia adalah impian aku untuk bertemu mata ke mata (because face to face is too mainstream) dengan 2 favorite bands aku dari Indonesia ---- White Shoes & The Couples Company dan The Changcuters. I never thought these would be real, because they are all the way from Jakarta & Bandung, which obviously tells me that I never going to make it. Even with AirAsia - tiket ke Bandung cuma RM 50, ingat ayah aku nak bagi pergi balik semata-mata nak tengok 1 live show? Makan penampau. So yeah, the performances was great, worth the ticket price. Gambar? White Shoes ada, Changcut tak ada - sebab tak kuasa I nak pegang camera kalau dah huru-hara dibuatnya Tria Ramadhani pada seluruh crowd. Tidak kurang hebatnya juga Aprilia Apsari membawa crowd ke dunia retro, tapi lebih terkawal & tenang. Maaf tak ada gambar Lydia Amalina & Azzam. Yang ada cuma si gemuk Shin hahaha :B
White Shoes & The Couples Company
Amirul Hafidz (Shin Senget) muka kembang dapat jumpa Liyana Fizi
The beautiful & gorgeous Aprilia Apsari
Okay, now back to the Amareka Serikat part. Dengan rasa bangga & bersyukurnya, aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke tiga universiti di bumi Amareka. Alhamdulillah, syukur tak terhingga. Usaha aku berbayar, alhamdulillah. Those universities are; Drake University, University of Colorado-Boulder & Pennsylvania State University. Ikut hati nak je aku accept tiga-tiga sekali, sebab semuanyaaaaaa awesome. Tapi, aku kena pilih satu. Jadi, aku telah decide untuk ke Drake (sila klik di sini).
The flag of Drake attached in the offer letter. Feel my enthusiasm?
Masih bertahan untuk baca post ini? Baiklah, kita teruskan. Aku juga telah mendaftar sebagai ahli kelab peminat Johan Asari: Johan Asari Fan Club (JAFC). Or known as Botak (Juvana), Aril (Cinta Elysa), Aiman (Bunga-Bunga Syurga). Tak kenal, takpewww. Kalau tengok last ABPBH, mesti kenal. Jangan tanya aku apa yang best sangat pasal dia ni. I have my own reasons. No comment --- ecehh macam retis pulak nak no comment kan. So far, aku dah join 2 event. Gambar? Ada, tapi jangan frust menonggeng pulak tengok gambar ni ye. Hekhekhek.
Ye, takpe, saya tahu saya rendah.
Anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2011 - congratulations! :)
I'll surely bring this to the States :3
Apa lagi yang aku belum cerita? Okay, Kim. Bulan April lepas, genaplah setahun saya ditemani Penjaga Hati, Nadzmy Hakkim (untuk cerita pendek, sila klik di sini). Alhamdulillah, tahun pertama banyak merubah aku kepada rang yang lebih baik. Tapi aku tak bangga sangat pun, lebih bangga kalau dapat survive the first year of marriage *hint baik punya hahaha*. Tapi aku tak punya banyak masa lagi dengan Kim, lagi 3 bulan aku akan meninggalkan semuanya --- family, Kim & friends. Yang aku bawa cuma cinta, iman & Allah. Hopefully semua akan berjalan lancar. Excited, tahuuuuuuuu?
Mesti saya rindu awak nanti, wuwuwuwuuuuu T____T
Dah lah kot. Simpan-simpan dulu untuk the next posts. Hekhekhek sekarang saya mahu sambung gila-gilaan dengan The Changcuters.
No comments:
Post a Comment