Thursday, February 9, 2012

Carutan Tanpa Tapisan.


Hello kawan-kawan. Sudah 2 bulan aku tidak membunyikan papan kekunci untuk blog ni. Ahhhhhh *menggeliat* okay letsetat this. Pada kawan-kawan yang mungkin ikuti blog ni sejak hari pertama ia diterbitkan (around December 2009), pernah dengar frasa untuk tajuk post kali ini. Sebab apa? Sebab aku adalah pencarut tegar pada suatu masa dahulu. Alhamdulillah, sekarang jarang sekali untuk aku mencarut. Yang mungkin tersasul hanyalah "Oi gila" "Oi letup!" pada waktu-waktu melatah dan sekutu dengannya. Dan aku mengharapkan perubahan ini kekal, takmau dah carut-carut ni. Bughuk benor ghopenye anok dara mencarut, ye dok?

AMARAN: Jika anda tidak tegar untuk membaca bahasa kesat/mencarut tahap saya, you may leave this page.

Maka dengan ini secara simple-nya, aku akan meng-kupas, meng-kopek, meng-dedah kan isu MENCARUT.

Hmmm, seronok ke mencarut eh? I think I should ask this to myself first. Aku (ini kes aku ye, mungkin lain dengan kes korang) mencarut dulu, mainly because of the influence from friends, I guess. Bila benda tu kita dengar hari-hari, impossible kita sendiri tak terpengaruh. Maka ketika itu, kata-kata kesat telah menjadi perkataan harian aku, seperti: sial, kimak, fuck lah weh, pantat, butoh, dan lain-lain. Korang familiar dengan benda ni? Selalu sebut? Okay, kita sambung cerita.

Aku taknak kupas panjang lebar macam mana aku boleh berhenti dari mencarut ni. Untuk tips berhenti mencarut, boleh tanya aku personally, kita lepak lepak minum, roti telur 2 keping, kau belanja, aku cerita. Hohoho.

Kita mulakan analisis. Apa sebab korang mencarut:

Adakah untuk menambahkan ketegasan dalam ayat?
Adakah untuk menampakkan korang selalu up-to -date dengan kata-kata kesat masa kini?
Adakah untuk menunjukkan korang sangat gangster & jantan?
Adakah untuk menambahkan vocabulary korang tentang nama alat-alat sulit?


Jawapan korang mungkin berbeza, it's okay then. Some are influenced by friends (like me), some love to try new words (ada ke?), some just love to swear a lot, etc. Now, kita lihat senario perbualan anak muda masa kini:

Nina: Cikgu tanya apasal kau tak datang semalam, bodoh. Semua ingat kau pi lepak CC.
Nini: Aku demam lah, kimak. Apa babi budak-budak ni cakap aku lepak CC? Pantat betul.

Jamal: Eh, GPS kata ikut simpang depan lah, sial. Kau gi ikut lori ni buat apa, bodoh.
Jamil: Lori besar ni lembab lah, bangsat. Mana aku nak nampak simpang tu tadi!

Ini perkara biasa, setuju? Kalau korang adalah orang-orang seperti Nina, Nini, Jamal & Jamil, korang patut teruskan baca apa yang aku nak cakap ni. Sebenarnya, tak sedap mana pun mencarut ni. Ada yang kata, "Bukan nak maksudkan betul-betul pun", "Kau macam ah tak pernah mencarut, toksah nak baik sangat!", "Mampus ah aku nak sebut apa pun, mulut kau ke?!"

Tahu tak, sebenarnya perkataan itu doa? Tahu tak, cakap benda yang sia-sia itu tak bagus? Cuba cakap 'pantat' 40 kali, nanti kalau ada tumbuh 'pantat' celah kangkang kau tu, padan muka. Jangan nak 'pantat' kan orang sangat, kau tu pun lahir-lahir je keluar ikut 'pantat', kan? Maaf kalau aku agak kasar di sini. Okay, let's call it faraj (ohmy, what am I talking about?). Faraj tu ciptaan Allah, bukan? Sama ke rupa kawan-kawan kita dengan rupa faraj tu? Sama ke rupa kawan-kawan kita dengan rupa 'butoh' (zakar) tu? Fikirkan. Jangan sampai kita menghina ciptaan Allah & apa-apa yang berkaitan. Aku pernah juga tengok status update/tweet yang berbunyi begini:

"Kimak, hujan pulak! Macam mana nak main bola ni"

Something like that, I can't remember much. Tahu tak, hujan tu Allah yang turunkan dari langit? Sanggup tak cakap macam tu kalau kita sedar hujan tu sebenarnya dari Allah? Fikirkan.

Itu situasi sekarang, aku bagi contoh terdekat. Sekarang aku nak bagi contoh untuk masa depan, kita pergi jauh sikit. Untuk yang perempuan, jaga-jaga kalau anda masih petah mencarut. Lihat situasi ini:

***datang rumah bakal mak mertua***

Boyfriend: Eh you, naiklah, jangan segan dengan mak I.
Makcik Bedah : Mari lah naik, nak. Makcik buat air dulu ya.
(jatuh tersadung di tangga rumah)
Girlfriend: Aduh, babi betullah tangga ni! Sakit bodohhh.

Belum sempat makcik tu buat air, dia dah reject kau. Tak cantik perempuan mencarut sebenarnya. You think you can control what you gonna say in front of certain people? Not all the time. So, cara terbaik, hentikan je. Lelaki pun tak hensem, tak macho mana pun setakat mencarut je pandai. Yang lelaki ni pulak, kalau dah kahwin, jangan terkejut kalau setiap kata-kata anda itu ditiru, diikut oleh anak-anak kecil anda. Lihat situasi ini:

Addi: Ayah, Addi nak kapal terbang ni, nak kereta terbang ni.
Ayah: Dah, minggu lepas dah beli. Jangan mengada. Balik!
Addi: *guling-guling di lantai kedai* Ayah ni pekak ke, bodoh! Sial! Tak faham ke, Addi nak kapal terbang tu jugak! Nak jugak!

Rasa-rasa korang malu tak depan cashier, customer semua? Diorang tak pandang anak, diorang akan pandang bapaknya. Masa tu, korang fikirkan lah sendiri nak buat apa.


Yang selama ni terpengaruh dengan kawan-kawan, aku tak kata "jangan kawan dah dengan diorang!" Tak salah kalau kita tegur dia sikit-sikit, berubah sikit-sikit kan. At least better than nothing. Remember, true friends are the ones who want the best for you, not to ajak you to talk those bad words, doing bad things, etc.

Aku tak nak panjangkan benda ni. Terpulanglah kepada individu. Masing-masing dah besar, dah tumbuh bulu, dah matang, baligh, boleh fikir sendiri, nak cakap benda yang baik ataupun sebaliknya. Aku lebih senang cakap straight to the point, sebab korang pun bukannya faham kalau aku nak berkias-kias segala bagai. Sudahlah dengan keadaan anak-anak muda yang mencemarkan bahasa sendiri dengan bahasa rewmpitzznyeww, sekarang nak mencarut. Elok lagi korang berzikir. Kalau malas berzikir, diam. Jangan 'berzikir' benda tak elok.

Mencarut bukan awesome sangat pun --- ia adalah keadaan di mana seseorang itu bercakap tanpa guna otak dalam ketidaksedaran.

1 comment: