Friday, December 30, 2011

Azam 2012 (Ini Cliche Sangat)


Hoyeah hoyeah nak masuk 2012 dah! --- sounds scary anyway. Growing older means I'll have more responsibilities, no time to play around & messing with unimportant stuff, dan boleh kahwin, hewhewhew. So yeah, azam akan sentiasa dipasang di hujung tahun, selalunya pada 31 Disember. Pasang azam tak sama macam pasang tanglung dekat siling rumah tu, atau pun macam pasang piring Astro yang tadah air hujan lepas tu tayang siaran masa hujan dah macam tengok DVD cetak rompak.

Pasang azam bermaksud menetapkan suatu matlamat untuk dicapai dalam sesuatu tempoh. Maka azam penting untuk memotivasikan seseorang untuk terus menjadi lebih baik dari hari ke hari. Azam ni pasang dalam hati je, tak ada dekat siling rumah. Tapi kadang kala ditulis dan ditampal di tempat-tempat yang visible oleh tuan punya azam supaya menjadi daily reminder yang memudahkannya untuk mengingati perihal azamnya itu tatkala dia leka dengan syaitonnirojim yang menariknya ke arah keburukan. So, here's my Azam 2012!

2012 Resolutions

1- Memperbaiki hubungan dengan Allah, account ibadah nak top up kaw-kaw punya (e-Pay pun tak maju cenggini)

2- Membuat ibu & ayah bangga sehingga kembang hidung sebesar serombong kapal dengan anak seperti aku yang mampu memberikan mereka kebahagiaan dunia & akhirat

3- Menjadi Shafiqa Fitri yang lebih baik dalam segala hal : pengurusan diri, karakter, mind setting, jati diri --- supaya tiada krisis identiti yang berlaku seperti kekeliruan jantina

4- Menjaga hubungan dengan semua manusia tak kira tua muda miskin kaya (macam lagu Raya)

5- Mendarat di bumi Amerika Syarikat dengan harapan untuk meneruskan pengajian dalam bidang Physics & minor in Broadcasting (poyo lebih) supaya aku mampu menerbitkan sebuah rancangan gameshow Sains kanak-kanak untuk mengelakkan budak sekolah tergedik-gedik nak masuk Idola Kecil musim ke-13

6- Berusaha supaya mendapat restu ibu ayah dalam perhubungan dengan si Penjaga Hati supaya tiada patah hati di kemudian hari atau pun insiden kahwin lari, frust menonggeng dan hilang ingatan

7- Mendapatkan semula life yang penuh dengan seni doodle, music, puisi & Lomo. Awesome, kau tahu tak? Cukuplah aku sudah menjadi Nerd binti Geek selama setahun. Oh yea, another Lomo camera, maybe? *angkat kening

8- Belajar masak, untuk persiapan menjadi isteri & ibu di masa hadapan --- supaya suami & anak aku tak duduk katil sebelah-sebelah dalam hospital sebab masak cendawan beracun/masak masin sangat macam ada lori garam terbalik depan dapur rumah

9- Menambah kenalan supaya aku boleh belajar banyak tentang hidup melalui pengalaman mereka yang berbeza-beza, maka aku akan mampu untuk menjadi orang yang berilmu tentang hidup (bunyi dah macam 50 tahun je hidup)

10- Kumpul duit untuk kegunaan di masa hadapan supaya tidak short duit ketika nak bayar duit tempahan baju nikah/ganti tayar kereta suami/beli mainan anak-anak



Aku cukup banyak berangan tentang masa hadapan, lagi-lagi kalau bab kahwin & rumah tangga ni. Aku memang gatal kemain, tapi at least aku ada perancangan. Kau ada? Bukan semua berangan itu sia-sia. Jadikannya motivasi untuk kita berusaha ke arah apa yang kita angan-angankan itu. Macam aku, senang je:

Study pandai-pandai, jadi budak baik--->semua makcik nak buat menantu--->suami dari kalangan orang baik-baik, berpelajaran, financial status kukuh--->masa depan anak-anak terjamin--->happily ever after

Study main-main, tak serious--->mak bapak marah, tak kasi kahwin--->kahwin lari--->balik rumah mertua kena baling pinggan--->hidup tak aman--->anak-anak trauma dengan bunyi balingan pinggan--->sedih sampai mati



Haaaa aku dah kata, berangan aku tak berkesudahan, melarat sampai ke baling pinggan. Tapi perasan tak, analogi yang aku bagi ni, AWAL SEKALI bermula dengan study? That's my point --- to put full effort on studies so that I can create my own future.

Whatever it is, marilah kita berusaha supaya azam-azam kita dapat direalisasikan dengan jayanya.



Selamat Menyambut Tahun 2012.
love, Shafiqa Fitri @ Belle.

No comments:

Post a Comment