Thursday, December 8, 2011

Kesibukan.

Aku ambil sedikit masa untuk buang segala sarang labah-labah yang ada sejak bulan lepas. Rasa macam dah lama sangat tinggalkan semua benda ni --- semuanya kerana hidup yang memaksa aku mengutamakan pelajaran. Mungkin ada yang tanya;

"Eh, kau dah tak main lomo lagi eh?"

"Bila kau nak menulis lagi?"

"Dah lama tak nampak kau, hangout pun tak join,"

Ada segelintir juga yang menganggap aku cuma trend follower. Masa Lomography tengah meletup-letup macam bertih jagung, aku ada kamera-kamera analog dan selalu keluar masuk kedai gambar. Dulu rajin pergi Frinjan. Dulu suka pergi live performances.

Sekarang ni bukan setakat tu, aku dah tak ada masa nak tulis blog --- I have 2 blogs, and I can't update even one. Comparison tahun lepas dengan sekarang; dulu aku boleh lepak-lepak sekali sebulan dekat KL, mandi laut/picnic, makan steak ramai-ramai, tengok wayang, etc.


Tapi sekarang aku rasa hidup aku dull. Dah tak ada semua tu. Paling aku terasa, ketiadaan puisi & Lomo dalam hidup aku. Rasa tak kena, tak sempurna, seolah-olah sesuatu dah ditarik untuk aku nikmati --- Masa. Dan jujur aku kata, aku rindukan semua ini.


Lepas aku kahwin nanti, aku akan aktif balik. Aku akan pastikan suami aku bagi hantaran senaskah al-Quran, set telekung + sejadah, 50 roll film + LomoKino, 50 batang marker berwarna-warni, sebuah teleskop, sebuah tab Intuos4 dan tiket berbulan madu 1 minggu ke Caribbean.

Lepas aku balik dari Caribbean tu, aku tunjuk analog movie yang aku shoot kat sana. Sekian.

1 comment:

  1. Sy jemput semua la yg ada kt sini,j0m watch VIDEO2 aku bermain gitar/karaoke (siap ada yg cuma pakai boxer n tak pakai baju tu.haha..) kt YouTube channel aku.Komen sekali ye..Klik ni, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan

    ReplyDelete