Friday, November 4, 2011

Pipiesemai (PPSMI).

Aku naik hangin betul dengan cerita macam taik ayam yang tak berapa nak hangat ni. Usaha nak meng-global-kan local students ni hangat-hangat taik ayam, kau tahu?

As a generation of kids who had the chance to learn Science & Maths in English, aku merasa terpanggil untuk mengupas (walaooo dah macam Edisi Khas - Fifi Fairuz Fuyoo) isu yang patut dipandang serius oleh semua pihak. Okay stop the formal words here.

I learned both subjects in Malay till my primary school time ended. Alhamdulillah, it wasn't hard for me to make a transition from Malay to English in order to understand all those. Plus, I am in an overseas scholarship program in Science. All I see from this PPSMI is positive. Kenapa aku kata positive?

Selain dapat jadikan students lebih pandai (bukan memandai-mandai); penguasaan English, secara tidak langsung dapat dijalankan terus. Ini bukan hal nak memartabatkan bahasa Melayu ke whatsever, ketepikan soal maruah bahasa Melayu/budaya/warisan nenek moyang/maruah bangsa. Ini soal masa depan. Aku tak berniat untuk membelakangkan segala unsur ke-Melayu-an aku. I speak English, but still; aku makan nasi lemak, pakai baju kurung, menari zapin, boleh skor bahasa Melayu. Apa de hal? Bukan aku sebar propaganda dekat budak-budak seawal 7 tahun untuk terus berbahasa Inggeris dan tinggalkan unsur-unsur Melayu. Tok nenek kita pun dulu belajar dalam bahasa Inggeris (zaman penjajahan). Mereka masih Melayu, buktinya kita juga masih Melayu. Cuba suruh haramkan media pasang/tayang lagu & filem orang putih, Korea etc. Suka tak? Samalah kes dengan benda ni. Minat K-pop ke, Rap ke, kau still Melayu kan? Ada orang nak tayang/pasang lagu tradisional yang guna gambus, gendang, serunai, alat muzik Melayu pada most of the radio stations? Hmmm, taik ayam. Semua carta K-pop, carta orang putih monopoli media. Tapi kau masih Melayu kan?

Toksah ikut hati sangat nak buat keputusan, wahai menteri. Ini tentang kemajuan pendidikan anak-anak 10 tahun lagi. Cuba lah bayangkan, satu hari nanti MESTI diorang akan perlu - nak atau tidak - terpaksa melakukan transition dari Malay ke English. Bila di institut pengajian tinggi, ada reference book dalam bahasa Melayu? Aku minta Kementerian sediakan buku rujukan universiti untuk semua pecahan bidang subjek Sains & Matematik dalam bahasa Melayu, sebelum nak me-Melayu-kan dua matapelajaran ini seawal sekolah rendah. Yang aku jangka, mereka akan menghadapi kesulitan yang teruk untuk menterjemah semuanya di peringkat pengajian tinggi. Satu hari nanti juga, anak-anak saintis kita akan bergabung tenaga dengan saintis luar negara. Bukan aku tak percayakan kemampuan anak bangsa sendiri, tapi kita negara membangun saling mendukung negara luar untuk memajukan negara masing-masing. Kita bukan orang Jepun yang mampu berdiri sendiri sebagai peneraju teknologi namun masih mengekalkan semuanya dalam bahasa mereka. Kita bukan tamadun zaman Arab yang mampu menakluk dunia dengan kemajuan sains & teknologi hanya dengan bahasa ibunda mereka; bahasa Arab. Kita bukan tamadun itu yang memerlukan orang luar untuk belajar bahasa Melayu untuk memahami semua kajian kita.

Satu lagi kes ialah cikgu-cikgu Sains & Matematik yang tak menguasai Bahasa Inggeris; terpaksa mengajar dalam kesulitan. Dah sebelum ini dikatakan PPSMI, yang kau gatal nak ajar jugak kenapa? Aku tak merendah-rendahkan cikgu-cikgu ini, tapi kau kan cikgu, boleh fikir sendiri, kalau kau tak mampu, kenapa nak perjudikan nasib students kau? CIKGU - ialah orang yang mengajar, sebelum nak mengajar kena master dulu lah benda tu. Ni kau tak master, pergi mengajar, lepas tu komplen kau tak master English. Apa benda ni weh? Jangan ketengahkan soal cikgu luar bandar, cikgu berloghat negeri (Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah etc.) yang susah untuk adapt English. Loghat itu sama kesnya dengan bahasa Melayu. Semua orang ada bahasa ibunda, tak perlu nak jadikan alasan bahasa ibunda menyukarkan semua untuk adapt English. Berapa banyak orang asli/luar bandar yang berjaya sekarang? Ada mereka jadikan alasan kesusahan hidup/luar bandar/loghat sebagai alasan untuk tidak berjaya? Kalau nak seribu daya, people.

Aku tak boleh terima alasan mengatakan sistem pendidikan Malaysia belum bersedia membuat perubahan ini. Berapa puluh tahun nak ambil masa untuk bersedia pun aku tak tahu. Aku bangga status negara ini ialah negara membangun, tapi bila dah macam ni, mana dasar Sains & Teknologi yang digembar-gemburkan dulu? Dah senyap? Nanti tukar menteri, tukar dasar lagi. Great, kau kaya bolehlah hantar anak kau pergi private school untuk dapatkan pendidikan terbaik. Pendidikan anak-anak rakyat? Jangan perjudikan mereka. Cuba lihat hasrat dasar ini;

"menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."

Fikir-fikirkanlah. Dengan konflik akidah kes Seksualiti Merdeka, jenayah meningkat macam semua orang takde otak nak membunuh sana-sini, sistem pendidikan yang pada aku; terlalu jumud pandangannya, banyak benda yang perlu diubah di Malaysia. Patut ramai tak nak anak sekarang, ada anak pun nanti --- sekolah tak mengembangkan otak, akidah lari. Baik takde anak. Tak pun pergi cari hidup yang lebih baik di negara orang, yang lebih menghargai nilai kehidupan.

Dan insyaAllah bila aku dah grad dan punyai satu posisi sesuai untuk mengubah Malaysia, aku akan ubah semampunya. Ini janji aku. Jangan bumi Malaysia kesayangan aku yang cantik ini dipimpin oleh pemimpin yang akalnya entah di mana.

No comments:

Post a Comment