Monday, September 19, 2011

Terbang Tinggi-Tinggi.

Ni bukan blog Hamzah Ian, gua cakap awal-awal.

Okay, what's new? UNITEN kembali menjajah mental, hati dan dunia virtual aku. And suprisingly, there's no Maths in my timetable. Shit, aku nak Maths. Dunia amatlah celaka tanpa Matematik kerana tanpa Matematik, senanglah kita dipijak-pijak ditipu-tipu dan diludah-ludah manusia-manusia tamak dan gilakan wang.

Jadah apa gua emo sangat tak ada Maths ni.

Selain mengamuk meroyan pasal tak ada subjek kesukaan, malam ni aku sepantas kelajuan supersonik telah men-download lagu-lagu dari kumpulan gitar rancak pujaan hati, White Shoes & The Couples Company.


Dinobatkan sebagai 25 Band Terbaik dalam Myspace beberapa tahun lepas, aku rasa rugi kalau tak dengar lagu dia orang se-round dua round. Serius siapa tak dengar lagu band ni, lu orang memang orang paling menyedihkan dalam dunia.

Satu tahun lagi aku nak jumpa Najwa Mahiaddin dekat Boston, Yuna dekat Los Angeles, Che'nelle dekat New York. Aku harap aku boleh lepak-lepak dengan dia orang makan nasi lemak sambil berborak pasal Wawasan 2020. Itu pun kalau dia orang kenal aku. Cerita pasal Najib pun okay jugak.


Esok pagi aku nak breakfast Mekdi. Siapa nak ikut, lepas Subuh jangan tidur. Babai.

1 comment: