Post ini telah dibikin dengan muka yang tak tahu malu - namanya post segan-segan je. Berikut ialah wishlist hari-jadi yang semakin hampir. SUMPAH GUA TAK TAHU MALU wth :B
Warna ungu memukau jiwa, dua poket di hadapan yang awesome, bersama hoodie yang mencairkan pandangan disertai tompokan ungu muda di atas kain, ahhhhh aku tak tahan.
Studs ungu bersinar-sinar digabungkan dengan model high-cut bersama tali kasut ungu, base putih & merah jambu yang menggoda. Kalau aku pakai, sumpah macam Missy Elliot, woot woot! SHIT I MUST GET THIS ONE. Tapi angan-angan je lah boleh aku pasang sekarang ini -.-
Gabungan tali kasut putih & ungu menyerlahkan bahagian depan kasut bersama merah jambu muda pada base. Tiga jalur putih di bahagian sisi melengkapkan rupa feminin pada kasut. Weeeeeeeeeeeeeeeeee 8D
Tolonglah cakap korang stim tengok kasut-kasut dan jacket ini. Aku nak beli, tapi tunggu dewa cinta aku belikan. Hehehe. Oh dewa cinta-ku, tak payah susah-susah kau nak cari dekat luar negara. Semuanya ada dekat area Putrajaya & Bangi sahaja. Tak percaya? Aku sendiri dah pegang & mencubanya. HAHAHA
Post ini diakhiri dengan muka tak tahu malu sekali lagi, sekian :)
No comments:
Post a Comment