Ely Yanniz, seorang photographer yang tak kurang hebatnya, based in Bangi. Aku sangat adore jurufoto perempuan (atau apa-apa saja pekerjaan) yang mampu bekerja tanpa meninggalkan tudungnya. Biasanya mengambil gambar untuk perkahwinan dan band-band. KLIK DI SINI untuk menyelongkar hasil-hasil kerjanya yang membuka mata anda-anda.
Sue Anna Joe. Antara individu paling awesome pernah aku kenal (tapi dia tak kenal aku pun). Foto-foto sentuhan wanita ini dah pun sampai ke peringkat antarabangsa dan salah satu sebab kenapa aku selalu sangat nak jadi macam dia ialah dia mampu menjadi seorang isteri & ibu & jurufoto pada masa yang sama. KLIK DI SINI untuk melopongkan mulut anda sampai tak boleh tutup - dengan hasil kerjanya yang sumpah cantik, tak tipu punya.Yunalis Zarai. Haa yang ni toksah dok cita lagi nohh. 1 Malaya kenai cek mek sorang ni. With her guitar standing on stage with outstanding performances, she is never out of men's sight. Brought a huge phenomenon in the music industry, even her name is used to classify a type of shawl. Sampai macam itu sekali pengaruh Yuna pada gadis-gadis. Thumbs up, Yuna. KLIK DI SINI untuk membuahkan cinta-cinta anda pada suaranya.
Wani Ardy, seorang penyanyi yang mula naik dalam gig-gig akustik. Aku jatuh cinta dengan lagu 'Teori Lucu" - muzik dari gitar dianyam rapi dengan suara raw buat aku rasa dia special. Sebaris berdiri bersama Yuna, Fynn Jamal dan lain-lain, dia antara kegemaran aku dalam pilihan muzik. She is currently in Sydney. KLIK DI SINI untuk menambah senarai lagu si cantik ini di playlist anda.
Supernab (can't remember her full name), salah seorang 'selebriti' hati yang dah lama aku suka - sejak Tingkatan 2 lagi. Keupayaannya menggayakan tudung bersama kemeja, skirt labuh, cardigan dan lain-lain, buat dia nampak comel. Supernab ialah seorang designer, doodler dan DIY art maker. Dia menjahit, mewarna, melukis, dan dia hebat. Plushies yang dijahit juga tak kurang comelnya - aku rasa nak gigit je semua plushies dia. KLIK DI SINI untuk menyelami dunia si hebat ini berfesyen, or just Google 'Supernab' and you can see lots of her photos with different kind of fashions, awe-some-dohh.
I want to be like them, seriously.
I want to be like them, seriously.
I want to be like them, seriously.
I want to be like them.
CAKAP MACAM NI SAMPAI SUDAH PUN KALAU TAK GERAK-GERAK SAMA JUGAK, BELLE.
p/s: Rozita Che Wan dah pakai tudung eh? Awat aku jumpa nama dia dekat kedai tudung?
Dalam banyak banyak tu haylie suka supernab!
ReplyDelete