Saturday, July 9, 2011

10 Sebab Kenapa Aku Bukan Vlogger.


1- Muka aku macam Doraemon versi terbakar (gelap) yang kembang sampai frame video pun tak mampu nak cover muka aku sepenuhnya.

2- Aku radikal. Mungkin tak berapa obvious, tapi aku lebih suka mengekspresikan apa yang aku nak cakap through words. Tak perlu ekspresi muka berkerut atau ketawa macam orang gila.

3- Aku kurang selesa bila orang tengok cara aku bercakap. Buat apa nak tatap muka aku yang tak ada nilai komersial ni. Tengok dekat blog header, sudah. Kau ingat ada ke Vlogger muka pecah? Matluthfi tu saham dia tinggi pasai dia pandai cakap + ada rupa. Aku emphasize kan pada rupa itu ---- which aku tak ada :/

4- Aku tak tahu edit video. INI PALING PATHETIC.

5- Walaupun aku budak teater, tapi bila merapu seorang diri di hadapan kamera, bukanlah aku.

6- Vlogger perlu kaya dengan idea, dan haruslah bernas & relevan. Masalahnya, aku ni suka cakap benda bukan-bukan.

7- Aku tak ada video camera. Ini perkara kedua paling pathetic selepas point nombor 4.

8- Aku tak ada talent bercakap. Ini perkara ketiga paling pathetic selepas point nombor 4 & 7.

9- Perkara yang aku fikirkan, biasanya bukan menjadi minat pada semua orang. Contohnya, aku cakap pasal kemungkinan alien akan invade Bumi dan aku mengajak semua orang untuk join Boboiboy untuk menyelamatkan Bumi. Mesti orang akan kata, "WADEHEL?"

10- Minat aku ialah menulis, dan aku akan menulis selagi terdaya (literally 'menulis', walaupun sekarang aku sedang menaip sebenarnya). Kalau hati aku terbuka untuk jadi Vlogger, aku roger-roger korang lah iye. Tapi macam takkan je.

3 comments: