Saturday, May 14, 2011

Kalau Baca, Kau Muntah.



Atas nama cinta, aku diberi satu perkara yang tidak mudah untuk aku pegangkan, tidak mudah untuk aku setiakan. Segalanya ‘tidak’, dan aku pada sebelah tangan ini lagi, diberi satu jalan, untuk mengubah semua yang ‘tidak’ itu kepada sebaliknya. Dan atas nama cinta juga, di hadapan ini aku diberi seorang peneman jiwa yang membawa selembar kain yang menuliskan janji-janji kasihnya pada aku. Untuk aku tidak jatuh lagi ke tempat yang memaksa aku menelan duri-duri asmara yang hakikatnya sakit walau aku rasakan itu membahagiakan, aku harus hulurkan sebelah tangan ini, yang menggenggam erat perkara itu – supaya si peneman jiwa itu juga mampu memimpin tangan aku secara virtual dan membawa perkara itu di antara jari-jari kami dan mengorak langkah sebaik yang mampu kami susunkan berpaksikan kepercayaan, kesetiaan dan keikhlasan. Apa yang aku harapkan, persis seperti perjalanan yang lepas – paksi itu tidak jatuh lebur bercerai-berai menghempap kami yang baru mencuba untuk membinanya setinggi-tinggi cinta kami, setebal-tebal rindu kami dan sekukuh-kukuh janji kami.

Perjalanan ini - aku akui sungguh tidak menyenangkan, namun aku yang memburu tidak akan melepaskan sesuatu yang Tuhan telah letakkan di jalan aku – sama ada ianya baik ataupun sebaliknya, aku tidak mampu menolak. Begitulah juga watak aku pada masa hadapan. Kesal yang lama tidak jauh aku buangkan, kerana itu juga mungkin ialah kesal yang akan datang kepada aku untuk melengkapkan rusuknya dan bawa aku keluar dari lekitan dosa ini. Aku tidak tahu – aku cuma perlu mencari kekuatan untuk terus menapak di jalan ini dan tidak memandang ke simpang-simpang kehancuran – walau sedikit pun.

Di situlah sebabnya si peneman jiwa ini, Tuhan berikan kepada aku. Dia pengesat air mata, dia pendengar cerita, dia pemberi cahaya bahagia, dia penyokong setia, dia penjaga baik & buruk aku setiap masa --- dia ialah segala-galanya. Cliche atau tidak tentang jalan cinta-cinta setiap orang, bukan aku yang menentukan dan meletakkan satu papan tanda persepsi di jalan-jalan itu. Tapi kali ini, aku rasa cukup berbeza, cukup tersentak hebat bila cinta ini datang memanah aku terus tepat ke hati. Cinta ini telah menggabungkan cinta-cinta aku pada yang lainnya, tidak meninggalkan cinta-cinta yang telah lama ada dalam diri ini.


p/s: Gua dah cakap, jangan baca. Lu taknak dengar. Muntah, tanggung sendiri.


2 comments: