Kenapa ramai sangat yang samakan "in a relationship with" tu dengan "couple"?
"Relationship : A particular type of connection existing between people related to or having dealings with each other"
Aku tahu akan ada yang tanya macam-macam dekat aku tiba-tiba ada pulak mamat entah mana "in a relationship with" aku. To all who asked, thanks a lot. You did a good move. Kepada yang membuat spekulasi tambahan dan segala anggapan tanpa pakai otak, simpan-simpan je lah semua tu. Karang tak pasal-pasal pahala kau melimpah-ruah masuk akaun aku. Kalau tak tahu cerita sebenar, jangan suka cakap pasal orang. Makan kasut nanti.
RELATIONSHIP - is just so abstract. Kau dengan cikgu kau pun nama dia relationship jugak. Dengan kawan. Dengan nenek. Even dengan Tuhan, you have the relationship. Aku tak letak pun "in love", lu apahal nak bising-bising kata gua macam-macam.
Kalau boleh, sikit pun aku tak nak cerita peribadi aku dijaja sana sini - dan aku tahu kalau blogging berunsur emosi akan membuatkan entri ini macam sampah. Tapi bila keadaan memaksa, aku akan ceritakan perkara yang sebenar. Dan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa.
Aku dalam proses untuk berubah. Kerana itu, aku jalinkan hubungan ini. Perubahan - semuanya memakan masa, aku tak nafikan. Orang kata kalau berubah dengan cepat, perubahan itu takkan kukuh, malah akan berbalik kepada keadaan sebelumnya, atau mungkin lebih teruk.
Contoh cikai gua kasi lah: artis Akadeni Fantagia cepat betul fofular, lepas 2-3 lagu, senyap dalam industri. Gosip lebih sana sini, suara tak mantap mana pun.
Maka dalam proses perubahan, aku perlu menimba pengalaman, untuk aku jadikan asas yang paling kukuh untuk aku pasakkan dalam membina hidup akan datang. Dan sekarang aku dalam proses itu. TOLONG, BERI AKU PELUANG. Kau Muslim, aku pun Muslim. Takkan kau tak nak bagi aku ruang dan peluang untuk berubah, untuk kembalikan hidup cara Islam, takkan kau tak nak hulur tangan untuk bantu aku? Please. Kepada yang menyokong usaha aku, terima kasih banyak-banyak. Aku doakan Allah berkati semuanya untuk kau.
Siapa yang kenal aku - aku yang dulu, memang faham situasi sebenar. Dulu aku jauh dengan agama. Bila bercinta, semua aku lupa. Tangan kaki entah ke mana. Solat lagi lah, dah ke laut terus. Bila orang berbicara pasal agama, kalau boleh aku nak elak je. Ceramah agama buat slot hibernate (tidur). Tapi sekarang, aku serius (nampak muka aku serius ni?) dan tekad nak berubah (jangan lah gelak weh). Aku rasa bersyukur adanya 'dia' sekarang untuk mengubah aku ke arah yang lebih baik.
Aku akui, sekarang aku hidup dalam satu komuniti yang pegangan Islamnya - alhamdulillah, cukup kuat. Dan aku tidak lari dari membaca hadis-hadis yang mereka-mereka post dan masuk dalam News Feed aku. Peringatan yang selalu berada di status mereka, aku jadikan pengajaran. Namun, ada beberapa yang niatnya untuk menyedarkan orang, tapi cara tak kena. Nak sindir, nak marah orang yang tak bertudung, maksiat, etc.
Meh sini aku nak kasi tau ni: dakwah kena cara yang betul, bang. Kita bukan tahu latar belakang dia; mungkin mak kakak makcik dia semua tak pakai tudung, mungkin asas agama dia tak cukup, tak ada orang nak ajar, tak ada peluang. Di sini lah peluang kita untuk memimpin orang lain tentang agama. Bagi yang menegur aku sebab aku tak pakai tudung SECARA DIRECT (Abbas Ismail, Azri Azmi & Nadzmy Hakkim), terima kasih banyak-banyak. Cara ini yang patut dicontohi, bukan sindir-menyindir tak memasal.
Alhamdulillah, aku akan capai tudung setiap kali sebelum keluar rumah. Tapi bukan full-time. Aku pun manusia, juga sering aku leka dan lupa dengan dunia. Aku disable click pada Profile Picture untuk menyembunyikan segala gambar aku yang tidak bertudung. Namun begitu, kalau kau-kau semua rajin nak Google nama aku, akan keluar bersusun-susun wajah aku tanpa tudung pada results page. Aku dalam proses untuk mematikan akaun Friendster dan Myspace - yang membolehkan kau-kau relate pada gambar-gambar lama aku. Nak ikutkan hati, memang aku nak pergi buat rambut (saloon) pada malam Graduasi nanti - memandangkan semua orang akan jadi cantik-cantik belaka dengan gaun night dress kebaya segala-gala, tapi kemudiannya aku sedar, 'dia' juga buat aku sedar - sebenarnya aku lebih cantik kalau aku bertudung. Terima kasih kepada 'dia' yang buat aku kembali ingat Allah, kembali ingat pesan ibu bapa aku, kembali ingat pesan ustazah aku.
Alhamdulillah, sekarang aku dalam usaha untuk tidak meninggalkan solat. Kadang-kadang aku lupa, paling teruk bila syaitan duduk atas mata dan katakan tidur itu lebih sedap, nikmat dan awesome berbanding solat. Lebih-lebih lagi pada hari cuti, hangout dengan kawan, waktu solat dah lari dari weekdays. Aku mengakui hal ini - jangan ikut aku, ambil iktibar dari cerita aku. Aku bersyukur aku dipertemukan dengan 'dia' yang selalu ingatkan aku dalam chatbox Facebook, bertanyakan solat aku - setiap hari, selepas azan. Aku kembali ingat pada Allah.
Alhamdulillah, dalam percakapan harian, aku mula menjaga kata-kata aku. You know my words could be so harsh. Dulu mencarut memang habit aku, yang lucah-lucah pun boleh sesedap je aku sebut. Bila aku hentak meja dan kata "sial dohhh!", 'dia' mula pandang aku dan ingatkan aku untuk menjaga kata-kata. Tak baik, katanya. Mula-mula memang aku kekok, sebab itu perkataan harian aku, macam mana nak ubah kan? Tapi Allah permudahkan jalan aku untuk berubah. Aku senang ikut nasihat dia, hingga ke hari ini.
Berbalik kepada hari Graduasi, aku dah lama mimpi nak pakai gaun-gaun memukau dan dress yang ala diva dengan potongan yang begitu perfect. Tapi 'dia' kata cantik lagi kalau aku menutup aurat. Aku cuba semaksimumnya, dan aku dah pun beli "dress gaya aku sendiri". Hehehe. (iklan sekejap)
Sebolehnya dia mahu aku berubah jadi muslimah yang comel-comel tutup aurat tu (haha aku comel ke, asdfghjkl) dan aku mula rasa seronok dalam menjalani perubahan ini. Ini permulaan cerita aku, dan banyak lagi yang aku tak ceritakan di sini - untuk menjaga privasi hubungan kami sendiri. Cuma aku bersyukur sangat, Allah letakkan satu simpang dalam hidup aku di mana aku akan jumpa 'dia' dan bersama 'dia', aku akan mengharungi dunia yang asyik nak offer aku buat dosa memanjang, tapi syukur - 'dia' ada untuk menjaga akaun dosa-pahala aku, dan tak jemu ingatkan aku tentang Allah, agama, dan ibu bapa aku. InsyaAllah, kalau bukan jodoh aku dengan dia pun nanti, aku dah boleh jaga akaun dosa-pahala aku sendiri dekat United States nanti.
Sekarang memang semua tahu aku ke hulu ke hilir dengan 'dia'. Tapi tak ada orang tahu apa yang aku bualkan dengan 'dia'. Jadi, seriously, tak payah lah kau orang nak kata aku ni nak menunjuk-nunjuk konon aku dah madly in love and yeah whatever stupid assumptions from you brainless people. Aku takkan berganjak dari tindakan aku ni selagi aku rasa aku masih di jalan yang betul. To you people yang nak sarcastic gila post Islamic articles pasal relationship tu, tak payah nak sindir aku. Aku harap lepas kau orang baca benda ini, semua akan jadi lebih clear dan tak ada yang memandang serong hubungan aku dengan 'dia'.
Deklarasi aku di sini, mudah saja: tiada istilah "couple" dalam hal ini. Cuma seorang hamba Allah yang cuba membantu seorang lagi untuk sama-sama kembali ke jalan-Nya, dan kami akui ada juga perasaan yang timbul sepanjang perjalanan ini. 'Dia' juga tak mahu hubungan ini disertai dosa-dosa yang akan menimbun di akhir nanti, kalau boleh semuanya berada di jalan agama - kerana itu dia mengharapkan satu ikatan sah bersama aku di hujung episod ini. Aku harap perkara yang sama - doakan aku.
Dan kalau jodoh aku bukan dengan 'dia', aku berdoa supaya 'dia' diberi wanita yang lebih baik, lebih cantik akhlaknya sebagai jodoh sehidup sematinya.
Betulkan aku kalau aku silap di mana-mana. Aku pun manusia, buat silap, kadang-kadang lupa. Terima kasih kepada 'dia' untuk semuanya. Dan 'dia' ialah Nadzmy Hakkim. Terima kasih, awak :')
Haii!
ReplyDeletejauh dari sudut hati sbenarnya, aku macam bertuah ada member macam ko.
Ko independent.
Benda tak datang bergolek, tapi kau cari sendiri.
**
Syukur ko kenal dia - Nadzmy Hakkim.
Dia merupakan platform untuk ko maju setapak ke hadapan.
ye tak perlu rush. Aku pun bukan ilmu mantap sangat. Cakap pun tak serupa bikin kadang-kadang.
Tapi, cantik lah kalau kiranya kita boleh istiqomah dengan apa yang kita nak buat.
Kalau kau rasa kau buat tu betul. Allah tu maha memberi maklumat (Maha Memberi Petunjuk - An-Nur) Just go on.
Berkaitan dengan nasihat yang tak kena tu - Ok, mudah, Let take it easy.
Contoh 1 : Kau ade adik, baru lepas SPM. taknak kerja. Mesti ko kena tegur dia "Ko ni malas nye!" - macam tu jugak lah jadi kat aku. =.=
Ko anggap je dorang advise tu macam - kalau aku tak jumpa perkataan ni, mesti aku tak terasa, dan mesti aku tak jadi macam ni hari ni. Alhamdulillah.
Belle, untuk menongkah arus tu tak mudah. Kalau kononnya background family, ramai lagi kawan-kawan kita kat sana tu tak tahu basic agama - ada yang murtad. Tapi,ko ade cara ko macammana nak guide diri sendiri nak ke arah itu. Dari orang lain yang tak jumpa lagi orang yang nak tegur dia. Semua tu qada' dan qadar. Benda ni kalau ko lepak chill. aku percaya ramai member ko dekat Uniten tu boleh membantu selain NH tu sendiri kan? InsyaAllah :)
Keep chill Keep Rawk. Allah always besides us. :D
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBedah..ops..Belle. Aku rasa kita mmg x penah jumpa. Aku kenal ko pun kat FB, blog & dari Ben. Pasal ko and your background memang aku tak tau langsung. Bila ko cakap ko nak berubah ke arah yg lebih baik. Alhamdulillah. Setiap manusia itu diberi peluang untuk berubah. Allah sentiasa dgn kita.
ReplyDelete*mcm ustaz la pulak aku rasa.
*Haha..
*bila nak ajar aku pasal LOMO lg?
aku rasa memang betul, kalau nak berubah kena sikit2 doh, no rush. Aku sokong kau ! =D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepercaya atau tak. aku tetiba tersentuh baca blog kau 0.0. seriusss
ReplyDeleteYup, perubahan tak perlu dilakukan secara mendadak.
ReplyDeletesikit2 lama2 insyaAllah (:
yang penting niat n usaha kita.
Sebab Allah tak tengok result. Dia tengok usaha kita ke arah kebaikan tu.
Tapi kalau result nya pun boleh seiring sekali, sangat awesome lah kan (:
nak tahu tak, story kita lebih kurang sama sebenarnya.
dulu start berubah bila berkenalan dgn sorang laki gak.
malu sebab ilmu agama sangat cetek berbanding dgn dia.
so start dari tu, terus cari n dalami ilmu agama sampailah sekarang masih mencari n mencari.
Islam ni indah sangat sebenarnya kan bila kita da dalami (:
so, nak share gak reminder kat sini.
kalau kita berubah tu, sentiasa betulkan niat, semuanya adalah kerana Dia dan bukanlah sebab 'si dia' suruh kita kepada kebaikan.
sebab kadang2 kita akan terlupa(berdasarkan pengalaman dulu) lawan ye syaitan2 tuu.
insyaAllah belle, teruskan perjuangan ni.
may Allah gives you everlasting Hidayah (:
p/s : if you need any help, I'm here in Uniten to help you as well. remember, you're not alone in making changes :)