Tuesday, April 5, 2011
Terus Terang.
Sebenarnya berterus-terang lebih baik - walaupun apa jua konsekuent nya selepas itu. Sama ada baik atau buruk, sekurang-kurangnya beban virtual kita dah hilang - dan secara tak langsung, kita lebih terbuka untuk memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya, dengan senyuman (macam gambar di atas).
Ini cerita aku. Kalau kau, aku tak tahu lah macam mana.
Aku selitkan cerita Ayam dekat sini. Sesungguhnya menipu itu sangatlah tak elok - tipu sikit-sikit tak apa, tipu sunat boleh. Tapi jangan kau tipu kaw-kaw sampai kau diugut untuk disunatkan. Itu bukan tipu sunat dah. Aku harap Ayam bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, supaya kami seramai seratus orang lebih ni tak pukul kau dan heret kau dari pintu utama kampus hingga ke pintu belakang kampus.
Berbalik kepada cerita aku - terus-terang; aku akui ialah perkara kedua paling susah selain nak buang air besar masa sembelit. Lumrah bagi semua yang bernama manusia untuk menyembunyikan apa yang tidak elok, walaupun dia suka sebenarnya buat benda itu. Macam aku, keputusan untuk aku berterus-terang diambil setelah 3 hari aku menangis macam kucing hilang dara (aku tak dapat fikir perumpamaan yang lebih baik) - dan lepas itu, aku rasa macam boleh bernafas sedalam-dalam yang aku mahu. Rasa macam nak sedut semua oksigen masuk dalam badan sampai otak kena block akibat oksigen berlebihan. Tapi itulah nikmatnya bila kita mengakui apa yang ada dalam hati. Kalau tidak, hiduplah dalam kesempitan untuk menyembunyikan kebenaran. Kau cubalah; aku yakin itu adalah perkara kedua paling susah selain keadaan kau sembelit stage keempat tapi tak nak jumpa doktor.
Berterus-teranglah sementara kau masih ada ruang dan peluang. Selagi ada asa dan daya untuk bentangkan seluas-luas apa yang kau rasa, buatlah dengan hati yang ikhlas. Jangan menangis seperti kucing di atas, bila kau tak sempat nak tunjukkan kebenaran dan keikhlasan - atau apa-apa saja yang kau sulam dalam hati - bila orang yang berkenaan dah tak ada. Macam kau sebenarnya sembelit tapi satu-satunya doktor sembelit dalam kampung kau telah mati akibat sembelit jugak.
p/s: Makanlah buah-buahan dengan banyak supaya tak sembelit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau doktor pun mati sebab sembelit, susah ah. haha
ReplyDeletedoktor tu dua kali bangang daripada pesakit tu
ReplyDelete