
Sibuk memanjang - sampai aku terlupa nak update blog dan main susun-susun kata macam dulu. Rutin luahan hati dalam puisi-puisi pendek pun dah jarang aku tuliskan, idea tak mengalir keluar jari. Semuanya aku hamburkan pada buku-buku ilmiah semata, untuk sementara waktu ini.
Karnival amal anak yatim berjalan lancar. Syukur kepada Tuhan kerana memudahkan usaha kami membantu anak-anak yang kurang bernasib baik. Okay, aku tunjuk satu je gambar karnival ni.

Sekarang aku sudah ada seorang pemandu hati. Comel, dan kadang-kadang mengada-ngada lebih. Rasa macam nak campak dia ke dinding, tapi takut tulang dia pecah bersepai pulak lepas tu, hahaha.

Introducing, penolong pengarah projek karnival; Nadzmy Hakkim :)
Aku dah lupa nak taip apa lagi tadi. Pelupa tak sudah-sudah -_____- Tak apalah, ok babai.
weh, sori lah tak pergi. takda transport ke sana. lupa bagitahu kau
ReplyDeleteahha its okay :)
ReplyDelete