It was 8 in the morning when I woke up and all of a sudden I remembered that I promised Allen to join him with Beeb & Zarip (skandal tak menahan) to go to Malaysian Nature Society. Ada nampak itu nama? Baca sekali lagi, Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Cool kan aku, sayang sangat dekat nature. Bukan macam kau orang, pakai plastik pakai kertas banyak-banyak suka hati lepastu bising-bising cuaca panas lah, apa lah. HAHAHA okay sebelum aku hilang akal baik aku teruskan cerita.
Sekarang dengan ini saya umumkan bahawa saya telah menjadi ahli rasmi Persatuan Pencinta Alam Malaysia. *clap clap* HIHIHI

Siapa yang suka sangat pakai plastik dan kertas tanpa mengitar semula bahan-bahan ini, sila jangan tunjuk muka depan aku sebelum aku jentik seorang-seorang. Haha okay lepas ni aku berazam nak bawak tupperware pergi food court, tak payah pakai polystrene. Cool kan aku, terlalu berusaha untuk menyelamatkan bumi. (Kenapa aku selalu cakap aku cool? Aku memang menggelikan)
I separated with them then at KL Sentral after the green earth thingy had been settled. Next up; PKNS Shah Alam. Duit dah berkepuk dalam poket nak shopping raya. Nenek aku cakap; soping. Oh kalau kau nak tahu, susah sangat nak shopping dengan nenek aku. Dia takut naik escalator jadi setiap kali keluar dengan dia, aku kena cari tangga batu. Haihh -.-' Kenapa cerita pasal nenek aku ni?
Nostalgik habis bila aku jejak balik kaki aku dekat lantai kompleks tu. Tutup mata, tarik nafas dalam-dalam. Buka mata. Suasana paling aku rindu. Riuh-rendah orang shopping raya langsung tak distract aku dari ingat balik memories masa aku kecik-kecik nak sambut raya dekat situ. Like every year, we will shop at PKNS Shah Alam to buy some stuffs for raya. Masa tu aku duduk Shah Alam lagi. Ternampak jewellery shop yang kecil tepi corner depan papan tanda warna kuning. Itu kedai yang mula-mula mak aku pierce kan telinga aku, untuk bezakan aku, budak perempuan yang perangai macam jantan dari kecik ni. Macam aku boleh nampak bayang aku sendiri masa 5 tahun main-main dalam kedai tu. Ada kiosk tepi corner tu, aku teringat dulu-dulu aku menangis nak beli ice-cream dekat situ. Memories :')
Plan buka puasa dengan Merah United di PKNS Shah Alam berjalan seperti biasa. Merah United - kumpulan aku dalam pemilihan Scholars Telekom Malaysia at Nube Training Centre, Port Dickson. Aku paling respect sama dia orang semua ni. Though 4 of us ONLY who managed to be the TM Scholars, yang lain-lain ni pun aku salute habis lah. 7 orang dekat INTEC bikin preparation course - Medic, Engineering, Actuarial Science, 2 orang dekat KBU International College bikin German Engineering, 1 orang dekat Taylors College bikin Engineering jugak, 2 orang dekat UNITEN bikin Science (termasuk aku), 1 orang dekat Kolej Mara Banting bikin overseas punya programme jugak.
COOL KAN KITA ORANG MANAGED TO BE SCHOLARS & GOING TO FLY OVERSEAS SOON?
Respect dia orang habis-habis. Terbaiklah dia orang semua ni. Merah United means forever :) Masih dengan mood nostalgik, haha.
Berlegar-legar tanpa arah tujuan, aku jumpa Aniq, ex-Saser & currently in UITM Puncak Alam. Nostalgik jugak. First time aku jumpa dia dekat Frinjan Putrajaya dengan Shin & Sipot. Aniq hensem, hebat, baik hati dan comel. HAHA Aniq sila bayar aku, aku dah promote kau dekat sini :P No pictures with Aniq, just had a brief talk with him. Cair dohh tengok Aniq lama-lama HAHAHAHA aku dah hilang akal lagi.
Turun McD, jumpa buah hati pengarang jantung jiwa dan raga, Fitri. HAHA okay sila muntah darah dan segala isi perut kau. Ini statement menggelikan haha. Rindu lah dia. Lagilah nostalgik. Percaya atau tidak, kami berjumpa di internet chat room semasa berumur 15 tahun. It has been 3 years, and still counting :) Dengar ini kawan-kawan, bakal engineer dari German ini janji nak meminang saya KAHKAHKAH kenapa aku suka jadi hilang akal sekarang niiii. Maaf.
Borak-borak makan ice-cream, he then sent me to KTM Shah Alam. I met Pudu there. By this time, my phone was no longer can be switched on. Memang sedap ah, phone mati, dah malam. Pudu too, gives a bit of nostalgic value in me. Dulu aku yang terkejar-kejarkan dia, sebab dia hot gilehhh masa Form 4 gua cakap lu. Sekarang kamcing gila, yeah bestfriends. Malam merdeka aku expect takkan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Mana aku nak dapat fireworks. Plan nak sambut dekat I-City pun tak jadi sebab nanti aku merempat jam 2 pagi tanpa tempat berteduh :(
Belle: Aku balik UNITEN, kau balik UIA lah.
Pudu: Belle.
Belle: Apa?
Pudu: Kita lepak UM nak?
Belle: Jadah kau. Malam dah ni. Gila.
Pudu: Merdeka dekat sana lah.
Belle: Kita nak duduk bilik siapa?
Pudu: Aah kan.
Belle: Try call Mario dengan Algae. Dia orang boleh tumpangkan bilik tak.
Pudu: *menekan-nekan butang phone dan call*
Maka setelah sampai di KL Sentral jam 11 p.m, Pudu ajak lepak UM. Gilalah lama sialllll gua tak lepak UM. Rindu gila - Apis, paling aku rindu tahu tak. LRT Universiti, bas Rapid KL. Macam-macam benda nostalgik kan dalam hari ni?
Sampai kafe Kolej 12, lepak dengan Algae & Mario sampai countdown Merdeka. Extend borak dengan Samurians yang lain sampai 4.30 pagi. Macam-macam benda dari SAMURA yang kita orang tung tang tung tang cerita dekat kafe tu. Nostalgik :') Mata dah berat gila.
Tidur.
*****
31 Ogos 2010 - Meninggalkan Algae & wish for the best for her studies. Dramatik habis pagi-pagi tu aku nak menangis rindu budak ni, haha. Pergi LRT, separate dengan Pudu. Terima kasih Syaf sebab bagi pinjam charger. Nyawa-nyawa ikan dah phone aku. Lega bila dah sampai UNITEN at 10 a.m.
JOURNEY & JOURNAL MERDEKA - NOSTALGIK. Terbaik lah cara aku sambut Merdeka 2010. Aku kena merdekakan diri aku memandangkan aku akan bersama-sama berada di dalam kelompok kapitalis di negara mereka bersosial dan menjalani hidup. Tough gila, huh.
Lagi 2 tahun aku akan ada dekat sini, InsyaAllah.
Whatever it is, the place could never been replaced with this.
Hati aku masih hati Malaya, sampai aku menutup mata.
Patriotik kan aku? HAHA. Malaysia, be proud of me, I'll be back in another 4 years, serving you with all my heart. Sebab JPA suruh. Hahahaha aku dah hilang akal lagiiii okay bye
Soalan minggu ini: Cuba kira berapa kali aku letak perkataan 'nostalgik' dalam entri kali ini. Pemenang akan diumumkan di akhir minggu.
P/S: Jayzuan mesti bawak charger phone dia masa mengembara satu Malaysia haritu, kan?
nostalgik bhai.HAHA
ReplyDelete