Monday, September 6, 2010

Nak Raya Pun Mesti Ada Kasut.

Rasanya aku agak wordy di sini sebab post-kan entri-entri yang tidak memberangsangkan minda pembaca langsung. Macam bullshit. Tapi aku peduli apa. Kau taknak baca, kau taknak tengok, kau punya suka. HAHA okay ini kasut raya saya pada tahun ini. Kaki saya juga mahu raya.

Saya monster berkaki empat jadi saya perlukan dua pasang kasut untuk raya walaupun kedua-dua ini tidak identikal sesama sendiri.

Sorry I just love to shop at Nichii now since poket dah berkepuk dengan duit hahaha terima kasih pakcik JPA. Kini saya boleh memiliki 2 pasang kasut untuk raya dan sebiji Fisheye untuk ditayang di sana-sini. Pasti saya kelihatan lebih hebat dan menarik bersama Fisheye Pink di tangan KAHKAHKAH *okay aku dah hilang akal sekejap*

Takde lah, aku bukan perempuan tamak haloba materialistik shopaholik mahupun perempuan esentrik yang gila kasut ni. Aku membeli-belah je. Lepas beli, aku beli dan belah. Kan senang. I was actually facing a chronic problem of having no shoes to wear on to classes. Ini statement bodoh sebab aku ada 1 selipar, 1 sandal, 1 flat shoes, 1 Nike Women Sweet Series dan 2 sneakers dalam shoerack aku. Okay mari rejam aku beramai-ramai dengan kasut kau orang semua. Aku memang tak bersyukur -.-'

Eh tak, betullah weh. Aku memang kena beli kasut baru. 2 kasut raya ni; 1 flat shoes & 1 heels. Heels tu nak pakai dekat kampung Melaka sebab sedara aku semua tinggi-tinggi. Malulah I sorang je 1.49 m. Ye saya tahu saya pendek tolong diammmmm.

Satu lagi flat shoes tu nak pakai dekat kampung Selangor sebab tanah gambut tak boleh pakai heels. Nanti heels terbenam, orang tengok macam pakai sandal je padahal ada heels dah tertanam dalam tanah. Aku rasa aku terlalu mendescribekan tanah-tanah dekat kampung aku. Abaikan.


Sekian laporan pra-raya saya. Nantikan laporan berikutnya pada entri yang baru.


1 comment: