Saturday, May 29, 2010

An Awesome Comeback.


Selamat datang ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya 2010/2011.

Pfftt. Hell-o. Blog ni dah lama kena tinggal jadi I am totally bored. Roomate, budak satu kepala, kawan kawan semua balik rumah. Padahal baru seminggu daftar weh. Orientasi for Asasians mula-mula aku rasa macam sakai, sumpah. Tapi bila last day baru hilang rasa tu. I joined Gamelan dance for Malam Persenbahan Haluansiswa 2010/2011. Dari mosher tegar ke penari gamelan istana. Cool kan aku. Haha pfftt okay jangan perasan. Proceed.


Saja nak mula entri ini dengan logo UM, kasi gua semangat nak type panjang panjang-panjang tapi nanti kau tengoklah aku rasa tak panjang mana pun. Being here in Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (nama tak boleh nak panjang lagi kan?) for a week, and feeling comfortable enough di bilik C **4. Lu cari sendiri, haha. Sekarang dalam bilik aku tengah menaip sambil layan Butterscotch 1 round sementara tunggu nak datang idea nak start cerita dalam blog satu lagi. Yeah, ada satu lagi blog. Lu cari sendiri, haha. Jahanam betul bila ada orang cakap dekat UM ni banyak kaki rembat laptop orang. Bukan laptop je dia sebat, handphone baju barang segala dia angkut. Babi betul. Haish. Kena simpan lah laptop ni jangan kasi ada orang aim Chido aku ni. Haha Chido ni nama laptop. Okay sangat gedik nak bagi nama dekat laptop tapi ini aku punya, aku punya suka lah kan.


Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) ni depan kolej je. So tak payah lah bawak kereta kan. People, meet me in Asasi Sains Fizikal's class. Budak Fizikal kasi pecah PASUM yeah, haha. Subjects dalam Fizikal banyak compared to Hayat. Tapi tak apalah. Sebelum masuk sini, ramai cucuk aku paksa masuk Sains Hayat. Aku buat pekak je. Mampus aku takkan belajar Bio lagi, macam haram. Sudahnya buat subjek sendiri je bila masuk lab Bio masa kat Samura dulu. Nasib dapat A-. Itu pun tak tergelincir sampai B. Biology made me BIOLogy ah persetan sama Bio sekarang cerita Fizikal, haha. Hayat semua muka macam baca buku rajin ke hulu ke hilir dengan buku serious ah nerd terbaik punya.


Kembali dengan studies dalam environment baru, itulah the awesome comeback. Make it with bigger momentum and keep up the best of effort I could give to this 1 year of studies. Belle gempak lah weh. SPM straight A's takkan lu tak boleh bikin 4.00 flat kot. Ececeh ayat nak hebat je. Sudahnya, malam-malam lepak mamak weekend mosh sana sini Midvalley Jaya One Bangsar Bukit Bintang semua dok lambai kau suruh datang, Belle. Hahaha. Lagi-lagi memang aku dah ada geng satu course lagilah haruk sial. Haha okay ini azam baru yeh, mosh meronggeng hangout segala tu kena kasi balance ah dengan studies :)


Butterscotch aku belum habis. Mari sambung cerita. Facebook aku pun dah bersawang tak bukak. Orientasi punya pasallah. Dah tu tak dapat username dengan password lagi macam mana nak online. Ini pun aku korek dari budak fakulti barulah dapat password haha okay jangan kasi tahu orang lain yeh. Hahaha lepas ni habis aku kena serbu dengan Asasians mintak aku passsword internet connection UM.


Minta maaf kepada student Samura sebab harini tak dapat nak balik sana ambik award. Sumpah aku busy kat sini. Lu orang senang la cakap "alah Belle ni bajet betul, baru masuk UM dah kecoh busy tak balik skolah. gila tak kenang budi blablabla" aku tahu lah kau orang semua yang cakap macamtu nak kutuk aku silakanlah. Kalau tak tahu situation sebenar aku kat sini tolong senyap. Plus lecture nak start esok dah tu bilanya aku nak rush balik UM prepare segala benda. Kau orang memanglah semangat nak balik, jumpa cikgu jumpa junior tapi aku tak dapat. Aku nak buat macam mana. Aku dah cakap dengan cikgu aku tak dapat balik. Cikgu pun tak bising kat aku lu orang apahal mulut macam bontot ayam. Diam sudahlah.


Baru cakap pasal dugaan dekat U, dah ada yang ajak pergi KL Big Party 2010. Dah la ada The Times, mana boleh tak pergi, haha. Marilah Apis Harith Shin Sipot Aniq Ecap Fitri Pudu blablabla kita kasi gegar 1 Cafe KL hahaha. Terlepas pergi Youth '10 dekat PWTC tu sangat lah sedih tapi tak apalah. Next time ada lagi. Budak ceruk UiTM Puncak Alam boleh pergi apesal aku UM tengah bandar tak boleh pergi kan. Okay budak Puncak Alam jangan terasa okay, haha. Nama je ceruk, tapi budak hebat belaka kot.




Okay aku sangat bosan layan OAG dari tadi dekat iTunes. Butterscotch aku tinggal 3 keping, sambung esok jelah. Kan aku cakap tak panjang mana pun entri kali ni.


1 comment: