
Oh ini entri yang ke 101. Nah ambik kau aku kasi anak anjing 101 tu. Seronok oh cerita ni. Perempuan rambut belang ni macam bangang je, kena bodoh-bodoh dengan anjing hahaha. Okay tutup cerita anjing.
Harini boleh pulak aku baru tau pasal Bantuan Kewangan Asasi IPTA. Macam lame gila kan. Ya saya tahu saya lame. Jangan salahkan saya. Salahkan ketiadaan internet di rumah baru saya. Baru aku tau macam-macam oh nak kena buat, documents semua. Gua pikir nak masuk universiti macam nak masuk sekolah rendah. Ada sijil beranak, jalan. Rupanya banyak kot. Itulah aku cakap AKU TAK READY LAGI NAK MASUK UNIVERSITI apatah lagi jika berpeluang ke overseas. Becoming Asasians of UM beware aku kasi gegar sana, especially Asasi Sains Fizikal hahaha. Belum masuk Pusat Asasi lagi gua sudah bikin geng satu course. Cayalah, malam lepak mamak. Kelas esok pagi entah ke mana. Mamak takpe lagi lu boleh control, kalau clubbing jahanam sial pointer lepas exam. Haha itu pesanan Idzham senior terbaik, thanks to you dude :)
Dah musim-musim orang nak sambung belajar ni pulak lah aku tengok semua member nak blah dari Malaysia. Sedih la jugak sebab rasanya macam aku tak dapat je nak pergi sana. Apply untuk UK dan US pun macam haram je interview JPA. Telekom lu orang tak payah tanya la, harapan pun gua tak nampak. Lepas tu pulak trend semua nak post senarai benda nak kena buat untuk masuk universiti. Terima kasih la korang. Aku jenis pemalas ni ada jugak tempat nak refer.
Oh sini setan sudah banyak di wire pencawang letrik guruh sana sini aku nak off sekarang kalau tak mampus laptop aku jadi abu.
No comments:
Post a Comment