Thursday, July 14, 2011

What Astronomy Means; to me.


Ini yang aku pegang dalam tangan, yang aku impi sejak kecil. Masa baru nak kenal dunia sains, aku anggap ilmu Astronomi, yang sebahagian daripada ilmu alam, adalah satu cabang sains yang menakjubkan. Tapi makna Astronomi pada aku masa tu ialah; bintang-bintang dan planet-planet yang cantik. Kelip-kelip gitu, macam tudung mak aku, berkilat-kilat, kan cantik kan cantik kan.

Dan aku membesar - dengan impian yang sama. Tingkatan 2, aku dah mula cari buku-buku yang ada gambar galaksi besar-besar dengan matahari. Buku Star Wars pun aku belek, asalkan ada star, semua aku angkut. Ingat lagi, sempat dating dengan ehem ehem masa membaca tu. Lama-lama aku rasa macam useless je kalau baca without knowing what exactly the picture meant. Dan aku mula ambil tahu sikit-sikit tentang Solar System.

Peluang aku untuk bersama-sama Perdana Menteri di KLCC menyaksikan lintas langsung pelepasan Soyuz TMA-11 yang membawa Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS, betul-betul special. Percaya tak kalau aku cakap aku nak nangis masa roket tu nak blast off?

Dalam pada masa aku membesar, aku tak pernah sejelasnya nyatakan minat pada perkara menakjubkan macam ini. Sebab pengalaman tak pernah tunjukkan aku orang yang 'buat' benda yang sama macam aku. Bila dah pandai simpan duit sendiri, aku beli buku-buku nipis tentang sains angkasa. Ada satu masa aku rasa berat hati nak mintak ayah belikan Astronomy Handbook yang... to me it was quite expensive. Ayah belikan jugak (pehhh lu orang boleh rasa tak keterujaan gua masa tu?). Ayah said its okay to spend on books, no matter how expensive they are. Anything for knowledge. Maka aku menatap handbook tu sampai entah berapa kali aku ter-skip waktu makan. Minat punya pasal. Pada masa yang sama, aku mula menaruh harapan kepada Physics supaya mampu jamin hidup aku nanti sebab aku dah nampak potensi aku dalam bidang itu.

Kemudiannya, fikiran matang aku ni kata; there is something I should explore more on these things. Aku mula sedar perkaitan agama dan sains. Tapi nak buat macam mana, aku tak ada access kepada ilmu yang lebih mendalam tentang Astronomi & Agama masa zaman sekolah. Jadi, aku cuma faham secara permukaannya saja.

Aku impikan juga untuk jadi saintis Islam yang kukuh ilmu agamanya & ilmu falaknya. Learning this truly amazed me how God made all these, to know what's beyond this world, to realize how poor we are. Jujur, aku kagum dengan zaman kegemilangan Islam bersama barisan saintis-saintisnya. Seorang saintis Islam zaman itu, pada masa yang sama menguasai ilmu agama, ilmu sastera, ilmu perubatan. Versatile. Sekarang aku rasa zaman tu tak ada lagi. Kalau aku tak mampu pun untuk menghidupkan semula zaman macam itu, apa salahnya aku kembalikan semangat cintakan ilmu kerana Tuhan. Dan tak ramai yang menghidupkan bidang sains angkasa - just so you know, Tuhan memuliakan orang yang cintakan ilmu alam (ulul albab) kerana ilmu itulah yang mengingatkan kita tentang kebesaran Tuhan.

Warga Malaysia pertama yang mempelopori bidang Astrofizik, Dato Dr. Mazlan Othman inspired me, a lot - dan dia wanita. Dan aku rasa aku mampu untuk capai apa yang dia mampu capai.

Munculnya peluang agensi kerajaan untuk memberi biasiswa untuk aku ke luar negara, itu aku anggap satu anugerah. Kursus Sains, yang boleh dikhususkan kepada 5 cabang bidang: Biology, Chemistry, Physics, Geology & Astronomy (diulangi, Astronomy). Aku pasang 2 rancangan hidup; kalau aku tidak ke Physics, aku akan ke Astronomy. Tambah lagi United States, peluang besar untuk aku grab atas kemajuan teknologi negara itu sendiri dalam bidang sains angkasa.

**********

Sekarang dilemma besar untuk aku. Baru tadi ayah brainwash aku tentang karier selepas graduasi. Ayah kata Astronomi tidak sesuai menjadi profesion aku, cukup sekadar minat. Tak ada peluang untuk aku kembangkan bidang ini dalam Malaysia. Aku tak ada peluang berkhidmat dalam Malaysia. Aku kata negara ni ada Planetarium, Pusat Sains, Agensi ANGKASA, and few more to name. Ayah kata berapa kerat je peluang pekerjaan yang akan aku dapat. Tunggu pegawai-pegawai dekat sana tu bersara, baru ada kerja kosong. What about other graduates of the same course? They will be competing for the same job as well. Kalau aku jadi researcher, gaji aku takat gitu je. Aku cuba bangkitkan peluang pekerjaan dekat luar negara, then ayah refused to talk about it. Dia kata sampai bila aku nak ada dekat negara orang untuk bekerja sahaja.

Kerja tak ada challenge, duduk dalam lab je, depan telescope. Aku letakkan Dato. Dr. Mazlan sebagai kayu ukur. Ayah kata kes dia ialah one in a million, itu rezeki dia dapat ke PBB untuk mewakili bidang ini. Malaysia tak perlukan ramai wakil. Kalau rezeki aku ada, ada lah. He said don't take risk. Aku ada cita-cita yang tinggi untuk kembangkan bidang sains angkasa dalam Malaysia ni. ITU YANG AYAH TAK YAKIN DENGAN AKU.

Ayah nak aku jadi lecturer dalam universiti tempatan. Income lecturer mampu untuk sustain hidup aku in future. Aku tak ada pilihan lain. Kalau aku pursue on Astronomy, aku nak jadi lecturer dekat mana? Aku cuma tinggal pilihan untuk ke Physics - yang aku sendiri dah tak yakin untuk bawa. Gred C untuk Physics dalam Pelajaran Asasi aku begitu menyakitkan. Aku tak rasa aku mampu, dan aku lebih minat untuk ke Astronomy/Astrophysics - yang ayah tak berapa nak setuju.




Sekarang aku sedih, sangat.

3 comments:

  1. hannah,if you are bound to make a mistake in your decisions, make sure its yours,not others. kau nak hidup nanti dengan keputusan ayah kau dan kalau itu keutusan yang salah,kau nak terus mengadu sampai tak kesudah,or kau nak amik keputusan macam adult, and live with your decision. apa2 pun,sembahyang istiqarah dahulu. insyaAllah Allah swt akan kasi apa yang terbaik untuk kau. :)

    ReplyDelete
  2. kak, how cliche this might sound, but please listen to your heart.

    ReplyDelete
  3. Aku harap ade button like kat sini. bile ko nak buat? Belajar islam related dengan sains sangat menarik minat. tapi, takbanyak tahu, best jadi ko :) use your knowledge, and lead for the future! Saya Bangga Sebagai Rakyat Malaysia! <-- untuk ko! hihi.

    ReplyDelete