Sunday, July 17, 2011

Saya masih Rock & Roll.

Ke hadapan kawan-kawan moshpit saya,

Saya berjanji akan kekal bersama Rock & Roll untuk selamanya, akan tetapi saya rasa kini sudah tiba masanya saya mengundurkan diri dari moshpit yang selama ini kita tendang kasi pecah.

Saya, sesungguhnya,
menghargai setiap titik peluh yang kita titiskan dari monorel Medan Tuanku hingga ke One Cafe,
menghargai setiap butir nasi yang kita telan bersama di restoran/warung selepas mandi peluh,
menghargai setiap potongan suara dalam jeritan yang kita lemparkan ke atas pentas,
menghargai setiap energi yang kita hamburkan ketika bertolak-tarik dalam moshpit,
menghargai setiap hayunan kepala mengikut petikan gitar & rentak drum sepanjang lagu,
menghargai setiap sen yang dikongsi membeli tiket gig & tambang LRT,
menghargai setiap saat dari pagi ke malam menunggu persembahan penutup Rock The World,
menghargai setiap satu dari semuanya.

Namun ini bukanlah bererti saya telah memutus-punah-musnah-kan segalanya yang ada antara kita, saya masih berada di belakang anda-anda untuk apa-apa pun jua situasi, saya berjanji akan berdiri di sini bilamana anda-anda memerlukan saya. Kita masih boleh berbicara semuanya tentang muzik, semuanya tidak akan punya beza, cuma saya tidak lagi akan 'turun' ke moshpit.

Maafkan saya, dan jika anda-anda merindui saya ketika anda-anda berkeadaan baju basah dan dan bunyi bising, bayangan saya akan ada di sebelah anda, untuk turut hidup dalam alunan muzik.

Terima kasih atas segalanya, dan saya tak akan pernah melupakan anda-anda. Tak perlu saya namakan siapa anda-anda ini. You know who you are.









Jangan risau, saya masih Rock & Roll.


No comments:

Post a Comment