Hahahaha muka aku langsung macam tak peduli ada final exam.
Tak, aku bangga sebenarnya. Sebab tak semua orang boleh masuk final. Kau ingat senang ke? Kesian yang kalah masa quarter-final dan semi-final. Yang kalah masa liga kumpulan lagi kesian. Maka hebat lah kita-kita yang akan bertempur di final exam.
Kalau nak ikutkan, final exam ni dah tak lama lagi - orang putih kata; sekali baling batu je, sampai dah. Tapi kalau boleh, nak je aku baling batu banyak kali dekat orang yang buat exam ni. Padan muka dia, suka sangat buat hidup aku hilang arah.
Tapi kali ini, memang serius. Final segala final (dulu final Sem 1 & Sem 2 tu tipu-tipu je) sebab bilamana berakhirnya final exam ni, maka berakhirlah pengajian asasi Kejuruteraan aku di Universiti Tenuk (akronimnya; UNITEN). Kemudian aku ada satu tahun lagi untuk men-tenuk-kan diri dalam dunia ijazah sebelum aku memasang sayap ke negara Matahari Tenggelam (ada ke?) iaitu Amareka Serikat (macam nenek aku cakap). Dan untuk sekian kali, aku katakan; aku tak mahu 'kapal terbang' aku jatuh. Mesti sakit rasa dia - pehhh sakit. Tak sangggup nak bayangkan.
Dan setelah terbang tinggi, bermulalah journey aku sebagai seorang ahli Fizik / Angkasa Lepas yang cuba merungkai (mengorek; bahasa pasarnya) segala permasalahan dan menyingkap kebenaran di sebalik Sains Fizik. Awesome tak, cita-cita aku ni? (tolonglah jujur)
In short (this is a true short – usually I talk on this with super expression nyiahaha), my true passion and the biggest thing I’d want to do is;
To prove the existence of God, through Science.
Tapi serius lah, benda pertama yang aku nak buat dulu sekarang ni ialah membaling batu banyak kali dekat orang yang buat exam ni.
p/s: Dekan dan pensyarah-pensyarah, sila pakai perisai sebelum aku naik pejabat korang.
goodluck (^^,)
ReplyDeletethank you! <3
ReplyDeletekalo kapal terbang jatuh..nanti aku tlg repairkan..hahaha
ReplyDeleteyeayyy azreen my saviour! :D
ReplyDelete