Friday, April 1, 2011

Kanvas : Bernice Chauly?


Untuk yang belum tahu, Kanvas ialah zine pertama aku (atau mungkin yang terakhir). Isi kandungannya bukanlah pembawaan ideologi baru atau tanda protes. Aku klasifikasikannya lebih kepada naskah kurang bersih, tetapi bebas unsur Freemason (ye Akmal Harith). Yang ada cuma sedikit puisi dan cerita pendek. Cukup sampai sini tentang introduksi Kanvas.

Dua hari lepas, pensyarah aku ada minta satu copy Kanvas. Kau orang boleh bayangkan reaksi aku masa itu. Cukup hiperbola dan aku duduk terpaku depan laptop. Sebenarnya dah lama dia request nak baca benda ini, cuma aku selalu konon buat-buat lupa nak bagi (iyelah siapa nak bagi orang baca zine tak berapa nak mantap ni weh!). Tapi bila dia dah ingat balik, aku tak ada pilihan lain melainkan menghantar satu copy ke bilik dia.

Sender : Madam Gwen
Thank you, maybe I can send to Amir Muhammad or Bernice Chauly..hehe
Received : 17:25:43 31/03/2011


Gua nak cakap apa, bai?

Pagi tadi aku jumpa dia. Another positive feedback given. Dia kata tulisan aku bagus. Aku cuma mampu berterima kasih, dan dia teruskan perbualan dengan menceritakan tentang antologi terbitan Bernice Chauly dan beberapa yang lain.

Kau orang tak kenal Amir Muhammad & Bernice Chauly? Pergi search sampai jumpa dan lopongkan mulut bila baca tentang mereka kerana mereka terlalu hebat. Siapalah aku nak dibandingkan dengan orang-orang awesome macam ini.

6 comments:

  1. nasib kau lah belle mdm Gwen baca. alaaaa dah tulisan mantap cmtu xkan nak biar kot.hha

    ReplyDelete
  2. ha kan aku dha kata tibai je, okay ah tu., haha

    ReplyDelete
  3. belum mantap lagi. i need to improve more. thankyou people <3

    ReplyDelete
  4. amir muhammad! favourite author kot! 'ROJAK' from him was awesome!

    ReplyDelete
  5. hi hayatul wirdah :)
    aku belum sempat baca lagi buku tu. menyedihkan :(

    ReplyDelete