I rarely put my sight on guys, I would say (Salman Khan ialah satu pengecualian). Tapi aku kalah bila orang lelaki ini pakai baju Melayu - siap bersampin segala. Macam nak bernikah, hikhikhikhik (dapat rasakan hormon gatal aku sedang naik?)
Kalau Hari Raya tu, rasa macam nak duduk depan masjid lepas sembahyang raya. Berdedai-dedai abang-abang hensem-bergaya mengenakan baju Melayu bau kedai (sebab first time pakai) berserta songkok dan sampin. Alalalalala comel laaaaaaaaaah (kalau tak tahan, boleh berhenti baca) Hehehe.
Kalaulah hati aku ni visible kan, mesti semua orang dah nampak hati aku jatuh ke lantai banyak kali - jatuh, kutip, jatuh, kutip. Tak tahan tengok lelaki pakai baju Melayu punya pasal. I think that sounds so wrong, anyway. Lagi-lagi kalau dia tengah main dengan budak-budak kecik. Memanglah masa tu jugak aku nak cakap,
"You look so great & handsome in this baju Melayu and you love kids. Be my husband, really, please be my husband. I'm all yours."
(kalau dah tak boleh tahan geli, sila berhenti baca, saya ulangi)
(tahniah kerana anda masih mampu menahan kegatalan saya, teruskan membaca)
Kalau ditenung lama-lama, lagi teruk jadinya. Boleh jadi tiba-tiba aku bayangkan dia pakai baju Melayu dengan sampin songket tu, duduk dalam masjid salam dengan tok kadi dengan lafaz nikah nama penuh aku. HAHAHAHAHAHAHAHA mesti comel je kita orang nikah masa itu kan hikhikhikhik :P
Jadi, kepada lelaki-lelaki yang memakai baju Melayu, tolong jangan pandang aku dan senyum comel-comel. Aku berkeupayaan untuk pengsan dekat situ jugak.
p/s: Fahrin Ahmad ialah pengganti bila Salman Khan tak ada.
ohmaigod fahrin ai okay
ReplyDeleteGugur bulu baca entri kau ni weh. Hahahahahah :P
ReplyDelete