Faktor broadband ialah faktor semasa yang menyebabkan idea aku tersekat di neurotransmitter kedua terakhir sebelum sampai ke jari aku untuk ditaipkan - sebab kadang-kadang broadband ni macam lembu. Suka-suka dia nak laju, lepas tu nak lambat. Bukak Facebook laju pulak, bila bukak website lecturer nak download jadual periksa, dia lambat macam babi patah kaki. Nampak tak rancangan ****** nak menjatuhkan kita? Saja nak mundurkan masyarakat kita, dengan menyebarkan pengaruh ****** supaya kita lalai dengan *******
Itu ayat cliche dari blog orang yang paranoid dengan Illuminati dan Freemason, mendiskrimasi agama lain dan sekutu dengannya - sampai nak ban Upin & Ipin. Nasi lemak pun dia tak makan agaknya, sebab bentuk tiga segi. Lepas ni makcik kantin kena bungkus nasi lemak bentuk empat segi atau pun bulat. Mesti orang tu ban huruf T. Mana boleh macam tu, bang. Nanti tak pasal-pasal anak abang jadi isteri abang.
Bedah binti Amad -------> Bedah bini Amad
Tak. Itu main-main je.
Apa yang aku nak taip sebenarnya ni? Oh okay, dah ingat.
Faktor kedua ialah kesibukan mengejar ilmu yang buat aku tercicir-cicir sampai tercirit, lebih-lebih lagi Chemistry. Makhluk-makhluk yang ada keliling aku ni bukan manusia, macam aku cakap sebelum ini, dia orang semua robot. Belajar tak ingat dunia - mengejarkan Amerika Syarikat yang menawarkan seribu satu nikmat selepas satu tapak turun dari kapal terbang, lagi 2 tahun. Lawak yang biasanya manusia gelak, dia orang takkan gelak. Aku pun dah tenat jiwa layan robot-robot. Aku pun tak tahu nak gelak dengan siapa dah sebenarnya.
Alhamdulillah, konflik yang meruncing dalam hati dan blog telah diselesaikan minggu lepas. Terima kasih Abd Rasyid kerana faham masalah hilang ingatan aku.
Aku dah hilang skill menulis sebenarnya. Berterabur semuanya. Dah la, babai.
No comments:
Post a Comment