Monday, February 21, 2011

Kanvas. akan dirilis.


Yang pertama daripada aku - Kanvas. akan dirilis tidak lama lagi. Ini mungkin yang pertama - atau mungkin yang terakhir. Sengaja aku biarkan huruf E tertinggal di muka hadapan.


"Aku tak punya apa-apa untuk dijadikan pra-kata dan pasca-kata dalam Kanvas ini.

Ini adalah Kanvas aku – yang aku warnakan, corakkan mengikut hati dan jari sendiri. Cuma ini bukan bahan bacaan serius atau apa-apa yang kau boleh fikirkan secara panjang lepas pada masa kau menutup mukasurat dan helaian terakhirnya. Terima kasih kerana terima semuanya, kontent naskhah ini ke dalam pandangan kau. Ini mungkin yang pertama aku hasilkan, barangkali yang terakhir juga – atau mungkin ada yang akan menyusul.

Keseluruhannya, Kanvas ini cuma ruang-ruang kecil yang aku susunkan kata hingga menjadi suatu ekspresi dalam realiti dunia yang aku hidupkan selama ini, dan coretan tentang boneka fantasi aku, Gee.

Tulisan aku memang macam cerita letup – sebab aku perempuan."



No comments:

Post a Comment