Wednesday, December 1, 2010

Kita Semua Manusia.

Kadang-kadang aku lembu jugak. Sebab aku pun buat silap. Aku bukan penakut yang tak mahu mengaku silap diri sendiri, aku cuma baru sedar yang syaitan telah memandu hati aku sampai aku buat kawan aku teruk macam tu walaupun aku rasa aku betul. Niat aku tak lari daripada untuk membetulkan bentuk dalaman sesama sendiri, tapi mungkin aku tersasar jauh dari landasan ketatasusilaan ketika menyusun kata - dengan pendek kata, mencarut. Itu kelemahan aku. Aku akui itu.

Aku akui semua dalam post yang lepas itu benar belaka dan terselit dalam jilid-jilid buku hati yang tak pernah aku buka untuk tatapan orang lain. Maaf, aku jujur, itu yang sebaiknya - tapi aku tersilap langkah. Aku pun manusia, buat silap - dan aku lembu jugak kadang-kadang.

Aku akan remove entri yang lepas, atas sebab aku mengaku aku bersalah dan aku di sini merendahkan ego serendah bumi yang nyata dan cuba pijakkan kaki di atasnya supaya aku tahu aku pun tak perfek.

Aku maafkan kau dan aku minta maaf - cuma aku tak dapat kuasa untuk mengawal syaitan yang pengaruhi aku untuk bertindak sekejam ini.

ABD RASYID - aku minta maaf, ikhlas.

1 comment: