Tuesday, September 28, 2010

Masa Depan.

Bukan apa-apa, cuma perasaan ingin merubah sesuatu yang aku panggil - takdir. Bukan dalam tangan kita untuk menjadi paling perfek atau kesaktian menukarkan nasib menjadi baik, tidak sama sekali. Yang aku mati-matikan diri hanya untuk dia ialah satu perkara yang semua (barangkali separuh) akal di dunia ini anggap tiang untuk survival. Cliche betul bunyinya kalau kau dengar. Influen paling besar yang membonekakan aku untuk terus beraksi meletakkan warna dalam kain hidup ini - ayah & ibu - yang sudah pastinya otak mereka sudah dipasak dengan mentaliti yang menyatakan kalau kau tak mampu untuk berdiri menjadi seorang professional di alam dewasa, kau loser dan kau kalah dalam berjuang.

Judgemental society - sampai sekarang benda macam ini boleh wujud dan pengamal dan tulang belakangnya sudah pasti yang tak sedar kaki mereka sedang berpijak di bumi siapa. Istilah loser dan winner itu disalah erti, mungkin diletakkan definisi yang berbeza setiap orang, kerana itu ada orang yang kiasu - tak mampu untuk menghadapi kegagalan yang menjadi takdir untuknya dan melakukan apa-apa yang dia mampu untuk tidak berada di bawah pusingan roda kehidupan. Bullshit semua orang macam ini.

Humaniti masih mempunyai nilai yang cukup tinggi dan abstrak, cuma mentaliti sempit dan menyedihkan telah mencampak suatu persepsi dalam perkataan ini - persoalan yang timbul: Sejauh mana kau boleh berlari dalam laluan hidup kau kalau dalam tangan kau berisi sebuah ijazah berunsur humaniti? Yang pasti, itu bukan hak sesiapa untuk memberi jawapan paling tepat.

Asalnya aku memang menumpang duduk dalam persepsi sebegini, tapi bila meningkat dewasa dan berfikir dari segala aspek, masa depan aku, kau dan semua orang tidak semestinya berakhir dengan kisah yang sama sekalipun kita mempunyai famili, kedudukan, kelulusan dan situasi yang sama. Aku mungkin jadi winner, kau jadi loser, dan mungkin sebaliknya, itu kemungkinan yang kita semua tak dapat kita elakkan.

Jadi berfikirlah dengan cara yang kau rasa terbaik untuk hidup. Aku dah penat, muak dengan hasutan keliling ini. Biar aku yang menentukan apa yang mampu aku ubah, selebihnya aku serahkan kepada Dia.

Aku mohon dipermudahkan semua ini, Amin.

No comments:

Post a Comment