Wednesday, September 1, 2010

Benda Paling Boleh Buat Gaduh.


Well actually there's something else I'd like to post here earlier, tapi tak apa lah aku hold dulu since benda ini jauh lebih penting dan serius.
(kenapa aku suka jadi serius dalam blog sekarang ni, and the languages are truly crystal clear. Seseorang sila kembalikan kepetahan saya untuk mencarut dan swear sana-sini HAHA)

Ini cerita politik. Kau taknak baca kau punya suka. Dulu masa tak matang, bolehlah kau nak suruh orang baca blog kau. Semalam pun aku ada suruh orang baca blog aku. Loser lah aku, sebab aku seolah-olah terdesak akan perhatian dan attention pemikiran orang lain untuk berada dalam kotak kawasan cara pemikiran aku. *maaf perhatian dan attention itu adalah benda yang sama tapi aku nak highlight jugak*

Sekarang ni aku rasa tak perlu nak paksa orang, kau nak, kau baca. Kau taknak, kau punya suka. That's a better way. Tak macam lame-o pulak kan nak suruh orang baca blog sendiri. Kesimpulannya, aku baru matang malam tadi di usia 18 tahun, haha.

Okay, thats for beginning. Apa aku cerita tadi? Kan dah lupa. Oh, politik. Orang putih cakap politics. Kalau dalam bahasa ibunda kau, aku tak tahu. Cari dalam kamus, yang makna dia ada tulis "matters concerned with competition for power between people in an organization".

OKAY MARI KITA REPHRASE-KAN SEMULA FRASA INI MENGIKUT KEADAAN SEMASA - "crucial matters concerned with dumbass competition for a big power between some idiot people in an unorganized organization" (sila highlight semua ini untuk makna lebih mendalam)

Itu aku punya opinion. Kau tak setuju, kau punya suka. (Ini phrase yang aku selalu sebut ke sekarang ni?) To be honest, I started to have negative thoughts on politics since I was a kid. Jadi kalau kau nak cabut akar umbi kebencian aku pada politics, minta maaf. It takes time. Yeah but who knows, people may change even in a blink of an eye. But for this time being, ini lah stand aku.

Aku dah terlalu tertekan dan benda ini bagi effect indirectly in my way of life. Awal-awal lagi aku nak cakap dekat sini; aku tak merujuk kepada politics dalam mana-mana negara. NOTE THAT.

Fahaman politik; aku samakan dengan fahaman kepercayaan dan agama. Aku tak pertikaikan politik itu critical, crucial dan vital. Same goes to beliefs and religions. Sebab dia penting lah manusia suka hati mak bapak dia yang memanipulasi apa yang ada depan mata. Nama pun manusia, tak pernah bersyukur, tak pernah puas hati. Kalau boleh, satu dunia dia nak pegang. Mampu tak mampu belakang cerita. Its undeniable, on the other hand, that there are some clean politics, tapi nak jumpa tu macam kekerapan kau nak jumpa tahi bintang jatuh lah.

Paling aku panas telinga dan rasa nak koyak-koyakkan suratkhabar dengan rakus dan bakar sepuas hati abu dia aku ambik hancurkan dalam lesung batu mak aku - keluarga yang berpecah-belah atas dasar fahaman politik yang berbeza. Kenal Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari? Kalau tak kenal, sila bunuh diri. He had once said,

"Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini wang"

Orang berpengaruh yang aku salute ni pun menyokong perkara yang sama. Kalau kau menidakkan perkara ini, sila bangun dari tidur. To me, as I said earlier, I made beliefs, religions, politics - all in equal importance. Benda sama je lah. Kau boleh ke berdebat pasal agama kau dengan agama orang lain? Naya kau tak pasal-pasal kena rejam. Nak debat pasal politik, kena ISA lah kau. Kata perjuangkan hak bersuara. Hak. Hak apa. Hak tuih.

Sampai mati kau nak perjuangkan kehebatan, kekuatan, keikhlasan dan kejujuran seseorang tokoh politik ni - tokoh atau tidak aku taknak cerita - all these things are just between him and the God. Kau boleh jamin semua yang dia canang dekat kau itu benar semata-mata benar? Itu urusan dia dengan Tuhan. Kalau kau bangkang separuh mati dan pulaukan satu-satu parti politik ini atas penipuan dan sumpah kau tak boleh percaya dan get along dengan parti ini - kau sepenuh hati ke yakin yang dia orang ini main kotor dalam politik? Ask yourself.

Jangan membuta tuli kata "Aku pro kerajaan, kau bangkang kerajaan, tak guna punya rakyat, kerajaan dah tolong kau hidup atas negara ni dah cukup bagus blablabla pergi mampus tak kenang budi blablabla" kalau aku jumpa orang macam ini, aku sepak muka dia laju-laju. Kau mampu nak mengawal pilihan dan keputusan orang lain? I believe it's a 'no'.

Masih berpegang pada soalan yang sama. Kau mampu nak suruh semua orang suka warna merah, benci pada warna hitam? Kau mampu nak suruh semua orang pilih apa yang kau pilih? Kau mampu nak suruh semua orang menganut agama yang kau anuti sekarang ini? Jadi jangan buang masa berteriakkan cerita yang kau belum pasti benar atau salah. Macam mana kalau kau tahu yang perkara yang kau sibuk perjuangkan dalam separuh lifetime kau, sebenarnya dusta semata-mata? Masa kebenaran tu dah muncul, dah lambat untuk kau betulkan semuanya sebab kau bertindak bodoh dalam buat keputusan. Maaf, aku terlalu emosi bercakap pasal benda ni.

This thing was actually came out of my mind after I figured out a blog of friend of mine - politics. Baru lah 18 tahun agaknya, tung tang tung tang cerita letup pasal politik. Sini aku bagi tahu okay, tak salah untuk kita menyuarakan pendapat. As I said earlier, it's the freedom of speech. Hak bersuara ni aku tak halang, I even support this. Tapi ini dalam konteks politik, jangan aplikasikan dalam agama. Sangat bertentangan, as Islam asks us to dakwah between each other. Cerita agama aku taknak bagi panjang lebar sekarang.

SEBENARNYA, BOLEH BERPOLITIK. Tapi aku mintak dekat semua orang, fahamilah dengan hati paling dasar tentang apa yang kau perjuangkan. Jangan membuta tuli. Contoh terdekat; aku, dengan agama yang aku pegang. Aku pun sekarang masih belajar untuk mendalami Islam dengan hati paling dasar. Aku mengaku aku bukan alim, sebab itu aku cuba cari kekuasaan Tuhan dengan ilmu Sains (InsyaAllah). Aku mohon untuk tidak menjadi orang yang buta tuli dalam memperjuangkan agama. Okay, kembali kepada politik. Percaya dengan sepenuh hati terhadap seseorang yang kau rasa mampu untuk lead masyarakat dan masa depan negara. Selidik sampai ke akar umbi apa yang pemimpin ini cuba nak sampaikan. Mohon pada Tuhan yang kau bukan berada di jalan yang salah, dihindarkan daripada muslihat dan konspirasi penuh dosa dalam berpolitik. Kalau kau sokong semata-mata kerana duit dan kekayaan si polan ini, kau patut dicincang masak kari bagi kucing makan je. (Kucing radikal je yang makan kari, aku rasa). Sampai sini je aku nak ulas pasal politik. Lu pikirlah sendiri, dude.




FUHH gila kentang sial aku bagi pendapat HAHAHA okay kembali kepada kegilaan aku dalam blog ni. Eh note that I wrote this myself okay, tak percaya tanya roomate aku yang tengah buat Calculus ni :P Aku rasa aku berdepan dengan masalah paling kritikal di mana aku telah cenderung untuk menjadi serius dalam blog. Omaigadddd jadi student universiti maknanya jadi macam ini ke? Tolonglah aku nak balik sekolah lama nak jadi hyper macam terlebih glucose terkinja-kinja macam dulu HAHAHA okay sila tinggalkan blog ini sekarang sebab penulis dia dah hilang akal KAHKAHKAH. *maaf aku terlebih glucose hari ini*

No comments:

Post a Comment