Monday, August 9, 2010

Future.

Kawan-kawan, kalau awak semua nak tahu, ayah saya ialah seorang pengurus pelancongan. Dia suka bawa orang ke mana-mana sahaja mereka suka asalkan mereka bayar kepada dia. Ayah saya sangat bersemangat bekerja untuk kami sekeluarga. Saya sayang ayah saya. Dia beri saya duit setiap bulan untuk pastikan saya tidak mati kebulur dalam menjalani kehidupan di universiti ini.

Kawan-kawan, lagi 2 tahun pihak universiti akan menghantar saya ke Amerika. Saya mahu belajar Fizik dengan lebih hebat. Saya mahu jadi ahli Fizik yang berjaya, hot, mantap dan menggoda. Besar betul cita-cita saya. Saya mahu cipta sebuah mesin. Mesin ini akan memudahkan kehidupan manusia. Saya mahu cipta mesin teleportasi. Dengan itu orang yang mahu ke sana ke sini tak perlu guna kenderaan lagi. Siapa yang mahu melancong juga akan mendapat penjimatan hebat dengan penggunaan mesin saya.

Tapi lepas itu saya yakin ayah saya akan marah saya dan menyesal kerana memberi duit dan menghantar saya ke universiti untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya telah melingkupkan perniagaan ayah saya sendiri.

2 comments:

  1. ahli fizik berbuah dada besar?
    itu ke kau nak jadik?

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHA aku tak cakap pun macam tu! LOL :D

    ReplyDelete