Hari ini memang suway. Sumpah. Lepas anda baca semua anda akan tahu kenapa Selasa, 17 Ogos 2010 ni suwey nak mampus.
1- Saya kena marah dengan lecturer sebab tak bawak buku TOEFL yang 2 inci tebalnya dan saya dituduh pemalas.
2- Saya bergaduh dengan kawan saya.
3- Kulit ibu jari saya terkupas teruk sebab langgar meja.
4- Lecturer SAT Physics men-rubbish-kan mood saya. Dia ingat saya tidur masa dia ajar.
5- Saya habis kelas pukul 6 petang.
6- Saya tak boleh balik jalan kaki sebab hujan lebat. Bus stop pula bocor sana sini.
7- Sneakers saya bertakung air dan socks saya basah.
8- Laptop saya basah. LAPTOPPPPPPPPPPPP, tahu?
9- Saya tak beli food dekat Upten sebab hujan maka saya hanya berbuka puasa dengan Maggi.
10- Saya jalan kaki masuk apartment Ilmu dengan berkaki ayam di jalan tar meredah hujan.
Selepas semua ini saya harungi, saya pulang dengan carutan tanpa tapisan yang berterusan. Mungkin saya tidak baca doa sebelum keluar rumah pagi tadi.
Saya cuba menggunakan perkataan 'saya' daripada perkataan 'aku' dan mengelakkan penggunaan tanda seru yang tidak berpenghujung kerana saya cuba kawal kemarahan dan ketidaksabaran yang saya rasa nak lemparkan jauh-jauh. Tapi saya nak mencarut sikit je boleh kan. Sikit je.
"Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada." - Abu, KAMI The Movie
No comments:
Post a Comment