Friday, May 14, 2010

Mentaliti Perosak Karya Seni.

SONG : Superman - The Lucky Laki
BY : Indonesian
LYRIC :

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

REACTION : Gila best lagu ni! Weh cepat bukak internet cari lirik dia, best kot lagu ni. Comel gila suara dia.


SONG : Kerana Tiada Pilihan Lain - One Buck Short
BY : Malaysian
LYRIC :

Dah sangap, Buat bodoh

Ada habok, Nak jodoh

Menyanyi, Di tepi

Apa lepak kat bus stop ni

Duit takde terheggeh, Bukannya nak menyedar

Kuatlah semangat kita, Pergilah cari kerja


REACTION : Apa lagu ada uncensored words ni? Takde motif betul. Dah la tak sedap. Macam entah apa-apa je



SONG : DugaanNya - Hujan
BY : Malaysian
LYRIC :

Bapanya mahukannya jadi seorang askar
Bukan cita-citanya
Bukan impiannya

REACTION : Ni apa cerita askar lah, bapa lah, ni lagu ke cerita? Merepek betul.


SONG : Jangan Nakal - Aliff Satar
BY : Malaysian
LYRIC :

Please please plase
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang

REACTION : Huh jangan nakal? WTH apa lagu ni. Tak faham betul


SONG : Dont Lie - Black Eyed Peas
BY : American
LYRIC :

And I lie and I lie and I lie and I lie
And now our emotions are drained
Cos I lie and I lie and a little lie lie
And now your emotions are drained

REACTION : Downloading to phone.......yes! Dah masuk lagu ni :)


SONG : Makhluk Tuhan Paling Seksi - Mulan Jameela
BY : Indonesian
LYRIC :

kamulah makhluk Tuhan
yang tercipta yang paling seksi
cuma kamu yang bisa
membuatku terus menjerit
Auw, auw, auw... ah, ah, ah
Auw, auw, auw... ih, ih, ih

REACTION : Oh unik gila lagu ni. Tak pernah-pernah orang buat macam ni. Best lah.


Maka disebabkan itu rating radio channel yang memutarkan lagu-lagu dari luar negara terus memuncak naik manakala yang terus memainkan lagu tempatan terus merudum jatuh. Jumlah lagu dari Indonesia terutamanya yang dijadikan Caller Ringtone terus naik dan naik, lagi-lagi lagu Superman tu. Tak percaya, kau pergi check company caller ringtone provider punya statistik. Padahal lagu Superman tu pun ada pasal ayah dia lah, apa lah. Hujan pun ada, tapi kena hentam teruk. Ini realiti pemikiran Malaysian, aku sendiri nampak benda ni. Bila orang Malaysia yang nyanyi lagu pelik, pemikiran seni terbatas kepada lagu-lagu kebiasaan saja macam lagu cinta, lagu sedih. Aku bagi contoh lah, OAG sendiri bukan semua Malaysian sokong. Pop Shuvit, lagilah tak payah cakap. Tanya kat tepi jalan pun belum tentu 5 dari 10 orang kenal. Tapi sales album Pop Shuvit dekat Jepun mengalahkan Linkin Park. Kalau tak bangga dengan produk negara sendiri, aku tak tahu nak cakap apa. Ini bukan soal semangat kenegaraan atau sengaja nak menaikkan isu perang antara negara jiran tapi benda ni dah makin teruk. Tolonglah bagi peluang pengkarya tempatan untuk lebarkan sayap sikit.

Lagu One Buck Short itu pun satu hal. People tend to judge songs and arts dari cara penyampaian lagu tersebut. Mentang-mentang Mooks tu rambut panjang, dia orang main muzik keras jerit-jerit terus nak judge sebagai lagu merepek. Padahal lagu tu bagi nasihat untuk belia untuk berubah. Satu lagi lagu dia orang pun cerita pasal korupsi untuk orang atasan, bagi sesiapa yang terasa lah. Semua tu bermesej, yang aku kategorikan sebagai seni yang patut diangkat. Serupa macam nasyid, konsep sama je cuma genre berlainan. Kenapa tak boleh nak fikir semua tu. Lagu tak bermesej macam Makhluk Tuhan Paling Seksi tu tahu pulak kau nak agung-agungkan. Sorry to say, sampai sekarang aku tak dapat motif lagu tu. Dan sedikit geli apabila Mulan membunyikan bunyi-bunyi pelik di hujung chorus itu. (Kau pun rasa kan?)

Bila orang luar buat kelainan, bulat-bulat orang kita terima. Bila orang kita buat, diskriminasi berlaku. Tajuk lagu Jangan Nakal tu pun orang dah judge tanpa dengar lagu tu sendiri. Tapi Dont Lie tu takde pulak yang bising. Cuba translate; jadi Jangan Tipu. Bagi orang Malaysia nyanyi. Confirm kena kritik teruk. Lepas itu bising pulak cakap radio tempatan tak main lagu tempatan, asyik nak main lagu dari luar je. Lepas itu adalah pulak kuota 9:1 untuk radio. Setiap bulan kena main lagu baru tempatan. Kononnya nak selamatkan industri muzik tempatan. Apa ni aku tak faham. Nak buat drama dalam industri eh? Malaysian has become judgemental society. Tolong selamatkan mentaliti anda-anda semua dari dijajah pendapat-pendapat tidak bernas itu. Aku tidak mengamalkan prinsip 'majority wins'. Harap maklum.

Sekarang pun kalau tengok konsert JomHeboh penyanyi tempatan nyanyi lagu sendiri 1-2 lagu je, lepas tu WAJIB nyanyi lagu orang lain - spesifiknya lagi lagu dari luar negara, di mana Ezlynn terkinja-kinja menyanyikan lagu Lets Get Loud - Jennifer Lopez dan Alyah berambut merah menyanyikan lagu Bad Romance - Lady Gaga. Dayang membawakan lagu Beyonce. Adila AF bawa lagu Just Dnce - Lady Gaga jugak masa konsert reunion AF. Alah dah biasa aku tengok benda macam ini, sampai nak muntah. Baik bawa Lady Gaga datang JomHeboh dia nyanyi sendiri lagu dia.

Yeahh mari mari kita rosakkan industri muzik tempatan. Pfftttt.








P/S: Aku pergi konsert Rock The World tiket bayar RM28 kau cakap berdosa, sosial sangat. Kau pergi konsert Kelly Clarkson bayar RM288 tak berdosa pulak!

1 comment: