10 April 2010. Ini tarikh terbaik aku jadi hardcore selepas insiden 14 tahun lepas. Masa umur 4 tahun aku peluk iron panas. Ironman lah katakan. Parut dia, terbaik. Sampai masa nak kahwin nanti suami aku nak sarung cincin pun nampak parut itu dekat tangan.
Lepas itu aku kena lagi. Hari itu aku nak pergi dinner dekat rumah kawan ayah. Switch on iron dan tarik wayar dia. Macam melompat pulak iron tu terhempap kaki aku, terbaik. Meraung aku. Dapatlah dua kesan merah di kaki, membengkak. Air mata bercucuran. Sedih betul. Aku tak jadi ikut sebab dah tak boleh nak sarung sneakers, gila kau. Tapi lepas ayah cakap dekat rumah dia ada ikan bakar besar punya, aku cari selipar. Nak ikut jugak. Hehh.
Petang sebelum itu aku duduk dalam bilik. Pegang kipas, nak lowerkan kipas itu. Malang memang tak ada bau. Kalau ada bau, dah lama aku elak. Sedap je blade kipas itu menghiris jari aku, terbaik. Darah keluar dan aku pura-pura gagah, tak menangis. Haha. Modgorb kata itu barulah minah hardcore. Yeah this is so-called-hardcore, awek. Haha.
Dua injuries dalam satu hari, TERBAIK.
No comments:
Post a Comment