Monday, April 5, 2010

Mati Hidup Kembali.

Tajuk entri ini aku dedikasikan khas untuk Streamyx Connection di rumah aku setelah mati 3 hari. Alhamdulillah. Panjang umur dan murah rezeki serta hidup aman dengan keturunannya wahai technician Telekom yang betulkan wire Streamyx ini. Itu cerita yang pertama.


Yang kedua - aku rasa mendap, rasa tak betul je kepala otak sejak internet tak ada. Selalunya online sampai 4 pagi, hyper jari menaip tak henti-henti sampai mak aku sound suruh off pc. Bila internet dah tak ada, macam separuh jiwa dah pergi. Bunyi agak hiperbola, tapi biarlah. Aku yang rasa. Jadi aku duduk diam pandang kiri kanan nak buat apa kalau Facebook, Myspace dan Blogger tak ada. Ya, aku akui aku masih menggunakan Myspace. Siapa yang kata Myspace adalah untuk losers, suka hati kau oranglah. Sekurang-kurangnya aku mengaku aku juga mulakan membina dunia maya aku dalam Friendster - kau orang rasa itu lagi loser, bukan? - tapi kau orang tak mengaku yang kau orang pun sebenarnya zaman dulu pun macam aku juga. Ah tak perlulah nak jadi paling up to date di mata kawan-kawan kau. Macam Shin kata, being loser sometimes is cool. Lebih kuranglah bunyi dia macam itu. Oh berbalik kepada cerita tak ada internet itu, aku macam dah lost. Blur. Tak tahu nak buat apa. Lepas itu nampak laptop kakak aku tersadai sebelah sofa. Buka Media Player, tengok siri Spontan dari Astro Warna yang ada 12 episod dah download.

Maka aku warnai hari-hari aku yang malap dengan siri rancangan ini, sambil menghayati lawak-lawak arwah Din Beramboi. Bersama-sama Douglas Lim, Zizan, Afdlin Shauki, Nabil, Reza, Sathiya, Nell Ng, Sharifah Shahira dan siapa lagi aku tak ingat. Sumpah gelak guling-guling aku tengok benda ini, lagi-lagi lawak Din. Muka selamba badak mulut laser memang aku salute dengan dia, sayangnya dia dah tak ada. Aku tengok semua 12 episod kot. Lepas tengok, tidur pun awal, 12.30 malam. Ini memang jarang berlaku, haha.


Cerita tiga - Ujian Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk sambung belajar dah siap dijawab di Menara PNB minggu lepas. Alhamdulillah soalan semuanya senang. Aku saja yang rasa susah nak jawab. Pergi dengan Sabrina, kemudian lepak dengan Fariha sekali pusing KLCC lepas itu separate dengan Fariha. Tinggallah aku dengan Sabrina dah ready nak pusing KL lepas makan tengah hari. Cakaplah mana pun, semua kita orang pergi. Bukit Bintang, Pavillion, Sungei Wang, Mid Valley, Jalan Ampang. Entah mana lagi aku tak ingat.

Ujian Biasiswa 2 jam, ronggeng 5 jam. Tak guna punya anak. Haha. Bagi lepas pergi KL, macam jakun. Aku bukan apa, pergi cari lomo. Nasib baik jumpa dekat Mooks, The Garden. Aku beli Lomolitos je, warna merah. Okay sila gelakkan aku sekarang - tak cukup duit kot, simpan nak beli Pink Dress - itu bukan baju, itu nama camera ya. Sempat juga singgah The Super Sunday, rindu dengan abang yang jaga kedai itu. Hahaha.



Cerita empat - Aku semakin geli dan annoyed dengan statement perempuan itu. Aku tahu, dia yang main tahi dulu. Lepas itu nak cakap aku yang main tahi dekat dia. WTF, tolonglah beli cermin besar-besar tengok diri kau sendiri ya. Nak face to face pun aku tak takut sebab aku tahu aku berada di pihak yang benar - aku sendiri dah geli dengan ayat aku sendiri, haha.


Cerita lima - Duduk rumah hari-hari pun boleh putus wayar otak. Jadi aku keluar bawa adik pusing-pusing dekat playground sana-sini usung Yash dan Litos, kamera-kamera kesayangan. Snap suka hati. Kalau aku tak post gambar-gambar itu dekat sini, maknanya eksperimen aku itu tak jadilah ya. Maaf. Haha.

Itu saja kot. Aku nak taip banyak-banyak pun bukan ada orang yang baca. Haha.

No comments:

Post a Comment