Pernah tak kau dapat kawan dari internet? Haha maaf itu soalan otak di kepala lutut, mestilah ada kan. Kau tekan 'Add as Friend' dekat page orang itu - tak kisahlah social network apa sekali pun - kalau kau nak kenal dengan dia, atau pun itu adalah kawan kau yang tak layak dipanggil kawan sebab friends dah sampai 600 baru nak bagi email dia dekat kau. Atau pun satu lagi kes, kau tengok muka orang itu dan kau terus rasa nak add dia jadi friend kau, biasanya itu posers, tapi bukan semua. Kalau macam aku, kadang kala aku add sebab interest yang sama, dia adalah kawan kepada kawan aku, atau mungkin aku berminat untuk tahu tentang diri dia. Tapi ada juga kes di mana seseorang itu akan klik butang Add itu semata-mata mahu populariti atas bilangan friends dia. WTF kampung betul la hang ni, mat.
Timbul juga isu di mana kita sering dihebahkan dengan cerita orang mati, bankrap, ditipu, kena rogol, macam-macam lagi hanya disebabkan rakan internet. Memanglah aku percaya dengan semua itu, tapi tak salah kalau kita bagi peluang pada dia dan diri kita sendiri untuk masing-masing kenal dengan lebih rapat, bukan? Kes yang tak baik itu semuanya pendek akal, orang cakap kau cantik je dekat Myspace, terus nak kahwin lari, WTF again. Kalau dah kenal rapat, takkan kau senang nak kena tipu. Kalau dah terdesak sangat, pergilah cari link mana-mana kawan kau yang kenal dengan dia atau tanya siapa-siapa "Eh, betul ke dia ni student kat blablabla, betul ke dia ni kerja dengan blalabla" Tak rugi pun tanya bukan? Jumpa dekat chatroom kata kerja engineer banyak duit nak ajak kahwin rupanya kerja kilang tak ada tempat tinggal tetap, nak online pun tunggu duit gaji, duh. Siapa yang rugi kalau kau kena tipu. Apa aku merepek ni. WTF lagi sekali.
Tapi dekat sini aku nak dedicate entri ini untuk orang-orang yang pernah aku kenal di internet dan rasanya aku percaya dia orang dan dipercayai akan kekal lama, maksudnya tak adalah macam kau add orang itu, dia cakap 'Thanks for approving' dan kau cuma balas 'You're welcome'. Lepas itu tak ada apa-apa dah. Itu namanya kawan 5 minit.
The top on the list is,
Ini budak yang aku jumpa dekat chatroom Xfresh.FM masa 2007, Tingkatan 3 masa itu. Jahil lagilah masa itu kot, haha. Tak pernah sangka boleh kekal sampai sekarang, sumpah. Lepas itu pindah dekat YM pula, sampai dua-dua tukar sekolah masuk asrama pun masing-masing masih menghantar surat dedikasi - memandangkan waktu untuk online adalah terhad - dekat sekolah masing-masing. Sampai habis SPM, dan inilah aku dengan dia sekarang. Aku agak kau tahu tafsir hubungan aku dengan dia sekarang ini :) Oh lupa nak bagitahu, nama dia Fitri. Haha.


Ini Muzhaffar. Baru kenal juga, tapi alhamdulillah tak ada apa-apa yang pelik berlaku, cuma berlaku sedikit kekeliruan mengenai tujuan aku kenal dengan dia. Maaf ya, ia bukan seperti yang kau fikir. Muz cuma kawan baru aku dan kadang kala kami bertukar cerita mengenai hari-hari yang lepas, itu sahaja. Dan masa depan, mungkin. Muz, I just hope you don't think any stupid things about me. Selamat berkenalan Muz :)

Ini adalah kawan-kawan yang tak ada kena-mengena dengan aku sebelum ini dan ironinya kita orang masih berhubung. Ini bukan cerita macam kau dengan kawan sekolah kau, ex-boyfriend kau ke apa-apa yang kodi untuk didengari. Maaf, Gondol yang ajar aku apa itu 'kodi', haha. Apa yang aku nak cakap, terima kasih kau orang semua-semua sebab aku masih dalam friends list yang kerap kau cari. Terima kasih terima kasih terima kasih :)
No comments:
Post a Comment