
I start off with the school badge, semangat ni woih. Haha. Been here for 2 years, dan macam-macam benda aku tak expect nak jadi dan tak boleh lupa, yea memories are forever. Cuma kita saja yang berubah, masing-masing akan bawa haluan sendiri lepas ini, so I what to post this entry to cherish all those moments, either good or bad, to be shared here with dearest readers (ada ke? Haha). Yelah lepas ini dah jumpa orang baru, environment baru, mesti aku lupa yang lama so sebelum aku lupa baik aku post dulu, nanti tahun depan bukak blog ni balik aku boleh cakap - oh yeh, aku baru ingat ini yang jadi masa aku sekolah dulu haha WTF bongok gila. Mungkin sesetengah perkara ini seperti membuka kelemahan atau keaiban diri aku sendiri, but it is for guidance untuk kau orang yang belum habis sekolah atau dah habis sekolah tapi jangan ulang apa yang aku dah buat. Haha. Okay okay, kita start sekarang, tapi ini secara random saja okay. Bukan bermaksud the top on the list is the best memory.
1. Gelak macam hantu dalam dewan makan (DM) dengan budak dorm dan tiba-tiba ada hantu yang gelakkan kita orang
- Moral : Gelak berpada-pada, jangan sampai makhluk halus itu marah
2. Krisis dengan Cikgu Hamidee, cikgu Physics - kena halau keluar kelas dan menangis macam nak sepak semua pasu tepi lab tu
- Kau orang tolong jangan buat benda ini, sumpah tak berkat ilmu nanti. Nasib baik sempat minta maaf, Physics A okay :)
3. Jelmaan Superman jadian - senior rumble di harijadi ke-16
- Seronok tapi sakit hati itu aku je yang tahu, haha
4. Handphone baru beli seminggu dah end up dalam Bilik Gerakan Pengawas
- Aku adalah gerakan penentang pengawas satu masa dahulu HAHA
5. Menangis terperosok bawah katil sebab tak dapat wakil sekolah untuk Hoki SBP 2008
- Ini memang kelakar, sila ketawa sekarang :P
6. Cinta monyet-monyet yang boleh buat novel seangkatan dengan Di Hadapan Pulau
- Memang tak boleh lupa, maaf Izzul. Haha.
7. Skodeng budak lelaki balik dari kelas pukul 12.30 malam sambil pakai telekung
- Woi woi ini bukan mainan ya, anak-anak :D
8. Kira bintang dan cakap dengan bulan dengan budak dorm konon-kononnya bakal suami kita orang pun tengah tengok bulan yang sama padahal semua homework tak siap lagi masa itu
- Ni kes gatal nak kahwin dan malas nak buat homework. Tolong jangan buat ini eh, haha
9. Buka kedai gunting rambut depan dorm selepas jam 11.30 malam
- Seronok woh potong rambut orang, tapi ada skill ya, jangan kau tarah kepala dia suka hati mak kau
10. Parti dorm 2008 dan 2009
- Oh ini adalah majlis haram dan ditentang sekeras-kerasnya oleh pihak sekolah tapi kita orang pun buat jugak, peduli apa. Haha biasalah budak asrama pun nak sosial jugak, hahaha ini kelakar
11. Mengajar junior suka kati mak aku
- Ini bukan buli ya, sebab itu aku kata 'mengajar', haha kalis nak lebih :P Setakat cuci baju, iron tudung itu biasalah. Nak ajar siapa yang tak tahu gosok baju kan. HAHAHA
12. Konsert mini dorm 2008
- Malam sebelum budak Form 4 balik rumah. Sedihlah sebab dah tak kena buli dengan senior lagi :P
13. Assistant monitor pada sebuah kelas atau pasar, mungkin
- 4 Jaya 2008 memang haru. Bukan Aru tapi haru, ya. Haha. Menjadi seorang penolong kepada seorang ketua kelas yang berketurunan Jawa tapi hensem adalah awesome. Hari-hari cuci mata, ececeh. Berapa kali entah aku mengamuk tak tahan jaga kelas tu, tapi sayang jugak :)
14. Haiwan-haiwan dalam 5 Jaya 2009 yang rock habis
- Ini bukan penghinaan kepada kawan-kawan aku tapi itulah hakikat, kami punyai nama haiwan, ya. Pernah dengar kerbau yang terer Addmaths? Itulah Asad@Sebau. Ayam yang pandai guna DSLR, Rahimi. Katak yang pandai design majalah sekolah, aku. Mokmeng, Era. Chihuahua dog, Chew. HAHA memang zoo kan?
15. Penghinaan secara terbuka
- Ini untuk kau, *****. Penghinaan itu amat mengaibkan aku. Semoga Tuhan mengampunkan dosa kau.
16. Kubur depan sekolah
- Ini bagus sebab roh-roh dekat depan padang bola itu tak suka kau buat dajal dekat orang, sebab takut-takut roh itu yang dajal kau balik, jadi itu adalah satu benda yang boleh kita anggap Pengelak Kejahatan dalam sekolah, haha
17. Baju korporat rasmi
- Baju ini buat orang dari Puduraya KL sampai Stesen Bas Muar pandang aku dan tanya "Kerja kilang mana?" Pfftt
18. Burger UA
- Burger daging special Ustaz Amran paling dirindui dengan lelehan mayonis dan sos cili bersama black pepper sauce, oh nikmat. Fenomena baru, Burger Sabby.
19. Roti kurasan dan air soya
- Ini makanan kita orang pada malam Sabtu atau malam Ahad. Beli dekat gazebo bawah mesti abang tu tanya "Takda 20 sen ke? Siapa ada 20 sen meh sini dulu"
20. Naqib, naqibah dan penentangnya
- Macam-macamlah hai budak asrama ni. Naqib & naqibah dok sibuk cegah maksiat, sana sini tangkap orang dating. Dah kira alim kot. Aku belajar dengan ketua kelas pun kena tangkap. PFFTTT. Boleh siap ada list kasi kat ustaz suruh panggil budak-budak gatal ni. Dedikasi sungguh menjalankan tugas. Sekali tu pulak ada naqib kena tangkap sebab _____________ (lu isi sendiri lah bro)
21. Bangun pagi dan pergi sekolah
- Pakai sweater dan towel saja memang cukup buat angin sejuk masuk bawah towel kau dan menggigil tercabut lutut sebab angin tu dari Selat Melaka. Angin laut memang aku tak tahan. Suruh junior chopkan toilet pun seronok, cubalah :P Dan lagu sekolah aku tak suka nyanyi dengan dedikasi, tak tahu kenapa
22. Riadah petang dan Ahad
- Aktiviti utama semasa riadah ialah usha budak lelaki main basketball dan volleyball sambil makan aiskrim yang beli dekat koperasi.
23. Solat berjemaah malam Jumaat
- Lepas Maghrib sementara tunggu Isyak, mesti ada budak perempuan yang tersengguk-sengguk baca Yaasin. Dah biasa dah, haha
24. Solat Isyak 2 kali dalam 1 malam
- Sebelum prep malam, dah solat. Boleh pulak terlupa aku dah solat, balik prep aku solat lagi. Beriman betul aku hari tu. Lepas itu budak dorm gelakkan aku
25. Sidang Redaksi Batch 26
- Kita orang yang buat majalah ada 13 orang saja, so tak ramai dan bilik tu kita orang yang punya. Charge phone, makan tidur, blogging, internet segala-gala pernah buat dalam tu
26. Registered name
- Ini tradisi dalam sekolah. Senior akan bagi nama dekat junior dia. Nama aku Bellum, orang panggil Belle. Sebab itu nama aku dalam ni Belle, dah biasa orang panggil, bukan tak mengaku Melayu. Harap maklum
27. Vandalisme
- Ini juga tradisi. Kalau ada tulis 'The Bellum rocked here', itu aku punya kerja. Siap siap mengaku ni, haha
28. High table - Makan Beradab
- Aku rasa masa makan beradab inilah kita orang paling tak beradab. Menjoyah sana sini ketuk ketuk pinggan mangkuk sudu garfu jatuh kesian kan budak Biro Makanan :P
29. Perhimpunan rasmi Isnin
- Wajib untuk sekurang-kurangnya 50 orang pelajar tertidur masa pagi Isnin dalam dewan. Itu statistik mingguan
30. Muhamad Fharurazi Jalil
- Aku baru habis text dia tadi tiba-tiba teringat, so aku letak nama dia haha. Ini manusia yang susah senang aku dengan dia. Walaupun perangai dia agak lancau tapi aku sayang kawan aku seorang ni :)
31. Pukulan Addmaths
- Paling dahsyat aku kena pukul dengan kertas je kot masa Form 4, MALU TAK PAYAH CAKAPLAH tapi effect sampai sekarang. Aku tidur masa Addmaths dan Alhamdulillah, berkat pukulan itu, Addmaths aku A+ hahaha
32. Persatuan Bulan Sabit Merah
- Nama persatuan macam lemau je, tapi ini clique yang paling cool pernah aku join. Ajar kawad beserta makian dan hamunan itu biasa dah, haha kejam kan aku. Anak-anak aku 33 orang 1 skuad itu paling aku rindu
33. Pesta Durian, Rambutan dan seangkatan dengannya
- Terima kasih Pengetua untuk durian 10 biji dan rambutan 10 kilo untuk setiap dorm, tiap-tiap tahun. Perang biji durian itu saya tak join eh, Ustaz Kimia *takut kan* haha
34. Pujangga Fearless
- Dari Jopo ke Saylee, Pujangga tetap comel :) walaupun selalu kalah teruk tapi kuning tetap hot to go. Contohilah semangat kami :D
35. Pengantarabangsaan ke Beijing
- Jun 2009 - menyerang kota Beijing. Cool gila berzapin dan meronggeng dekat sana cuci mata tengok pelacur masuk Sex Shop makan buah tepi jalan malam malam padahal SPM dah dekat
36. Bandar Muar yang klasik
- Wetex Parade, cendol lorong, Secret Recipe, i love you HAHA
37. Malam Rasa Sayang (MRS) 2009
- Orang kata MRS ini adalah Malam Rai Senior, haha it suits more kot :P Masa malam ini senior, especially perempuan akan pakai gila banyak aksesori konon lawalah tu padahal dah macam pokok krismas aku tengok liplap blink blink sana sini sakit mata duh lepastu jadi camwhore macam kau pakai lawa macamtu sekali seumur hidup hahahaha
38. SPM 2009
- Perang manusia dan kertas bermula dan kerja aku tidur je, dan main main dengan mesin depan dorm yang buat simen nak renovate asrama. Main kereta sorong dengan budak dorm
39. Dorm paling haru
- Pujangga 1 Aspura dan Aspuri rock habislah weh. Aku tak peduli dengan dorm orang lain, mampus kau lah tapi dorm aku jugak yang terbaik, haha. Selalu kena aim dengan warden sebab macam zoo sebab terkinja-kinja kat atas dan warden di bawah dengar bunyi anak gajah main lari 4x100 meter dalam dorm
40. Gossip-gossip kelakar - Mami Jarum kot
- Sekolah tu memang tak lekang dengan gossip bodoh yang tak masuk akal. Aku antara bahan penceritaan yang dicanang di dorm-dorm joyah sebab aku jahat di sekolah. I dont give a damn, duhh. Sila jangan jadi macam joyah-joyah ini, tak baik ye :P
41. Kredit habis texting budak lelaki
- Ini memang selalu sangat berlaku ya, waktu afdhal ialah selepas 12.00 malam bertempat di bawah selimut. Lampu samar-samar bawah selimut konon dah tidur padahal tengah text budak lelaki seberang blok, haha zaman-zaman gatal, biasalah. Padahal esoknya jumpa jugak
42. Prep malam bukan waktu belajar
- Ini aku yang suka buang masa. Prep malam sejam yang pertama konon buat homework tapi menjoyah dengan kawan sebelah sambil tiru buku dia, setengah jam lepastu cari budak kelas lain buat projek lain. Lepastu pergi bilik redaksi nak online dan design template majalah. Sudahnya habis waktu prep malam, lepas 11.30 malam pergi bilik study bawak tin biskut air Nescafe niat mula-mula nak sambung tiru buku orang, last-last sambung menjoyah sampai tertidur atas buku
43. Prep petang maksudnya tidur
- Waktu petang dengan angin yang buat langsir kelas terbang-terbang memang sedap nak tidur. Siap keluar air liur basi, haha itu kawan aku yeh. Itu memang adat dekat sekolah
44. Fenomena Miss Pamila dan Cikgu Zaki
- Dua-dua ni cikgu praktikal, cantik dan hensem masing-masing. Itu yang fenomena, yang perempuan tergedik-gedik cerita pasal Cikgu Zaki dalam dorm terjerit-jerit, budak lelaki sibuk berlumba-lumba sampai gaduh nak bagi hadiah dekat Miss Pamila. Nasib baik bukan Pamela Anderson
45. Abang DM
- Aku tahu kau mesti fikir pasal Abang Dara kan, haha. Aku tak pernah beramah mesra dengan dia so aku taknak cakap apa-apa pasal dia. Tapi abang-abang tu baik dol sebenarnya. Masa SPM, supportive betul bagi kata-kata semangat. Siap menganjing aku lagi yang tak makan kuih apa tah masa tu. Abang DM sekolah aku terbaiklah weh
46. Pulang bermalam
- Masa nak balik rumah woi woi cepat pack esok nak balik dah weh, best gila nak balik rumah. Kalau Jumaat balik rumah, Rabu dah pack barang. Kalau Ahad balik sekolah, pukul 12 tengah hari Ahad tu baru nak pack then straight to Puduraya. Boleh bayangkan macam mana
seronoknya rumah kan?
47. Kemalangan makmal
- Panik betul bila Bunsen burner dalam lab bocor dan semua gas keluar. Cikgu Bio pun tak mampu buat apa-apa. Aku tak ingat siapa punya kerja, Fariz kot. Haha, nasib baik kau hensem :P
48. Nangka besar memang busuk
- Sampai sekarang aku rasa malu dengan Idzham kalau fikir benda ni. Dia senior, aku junior. Dah la senior lelaki, jatuh tangga depan dia dan Pawang memang memalukan, dan horror. Kau bayangkanlah terjelopok jatuh depan senior lelaki dengan baju kurung besar ala Hiphop, hahaha. Kain tersekat dekat bucu tangga. Tapi dari situ lah aku kenal Idzham dan sampai sekarang kita kawan :) Terima kasih tangga
49. Teksi Awam Muar yang warna biru
- Ada sekali tu aku naik, memang horror. Siap pakcik tu kata jangan duduk tepi pintu, tutup pintu kuat-kuat nanti kau terkeluar jatuh. MACAM TEMPAH MAUT NAIK TEKSI TU
50. Hari terakhir pakai kain biru baju putih
- Paper terakhir, Chemistry 3 dan aku meluru ke dorm untuk kemas baju. Masa langkah keluar tu rasa macam taknak balik pulak. Samura terbaikkkkk dol. Lepas ni baju putih kain biru tu buat bungkus nangka cempedak dekat pokok je, haha
thanks shaff, you just made my day ;] reminiscing the golden days...
ReplyDeletei asked mewn bout Majlis Anugerah keCemerlangan MAC. she said mungkin on 22mei. MUNGKIN
oh okay thanks babe :)
ReplyDeleteterbaik r belumn..
ReplyDeletehehe..tumpang lalu ek..