Hello, people. Here is an ANNOUNCEMENT.
Perselisihan faham dalam hubungan antara saya, Belle dan Faid/Cisse kini sedang dalam pemulihan. Hanya saya dan dia yang benar benar memahami situasi kami. Diharap semua pihak, sama ada individu atau mana mana kumpulan tidak memutarbelitkan masalah kami. Saya akui entri saya sebelum ini sememangnya ada menimbulkan sedikit ketidakpuasan hati beberapa pihak, oleh sebab itu saya membuat entri ini untuk menjernihkan keadaan. Saya tidak nafikan bahawa hal ini seperti tergantung, tiada penyelesaian tetapi saya mohon kepada semua pihak agar tidak mencampuri urusan antara saya dan Faid, walau siapa pun anda, rakan rakan kami atau sesiapa saja. Kami berdua tidak memerlukan spekulasi yang tidak masuk akal daripada anda anda yang tidak berkaitan. Terima kasih. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment